Berita Dunia
'Kenapa Malaysia boleh lulus dalam tempoh 2 minggu?' - Prabowo persoal kelulusan permit perniagaan di Indonesia ambil masa sehingga dua tahun
JAKARTA 2 Jun - Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, mempersoalkan kelewatan proses kelulusan permit perniagaan di negara itu yang disifatkan boleh menghalang kemasukan pelaburan serta menjejaskan perkembangan sektor perniagaan.
Beliau berkata, kerajaan perlu memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh institusi dan menambah baik sistem birokrasi supaya aktiviti perniagaan dapat berkembang tanpa dibebani prosedur pentadbiran yang rumit.
“Jika Malaysia boleh mengeluarkan permit dalam tempoh dua minggu, mengapa di Indonesia prosesnya mengambil masa sehingga dua tahun?” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Parlimen Indonesia Ke-19 bagi Penggal Persidangan V Tahun Sidang 2025-2026 berhubung pembentangan Kerangka Ekonomi Makro dan dasar fiskal Belanjawan Negara 2027 di Kompleks Parlimen Indonesia di Jakarta, baru-baru ini.
Menurut Prabowo, pembaharuan birokrasi perlu dilaksanakan secara menyeluruh bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih mesra pelabur dan berdaya saing.
Beliau menegaskan bahawa proses kelulusan permit yang terlalu lama dan berbelit-belit boleh menjadi penghalang kepada pelaburan baharu serta menjejaskan kedudukan Indonesia dalam persaingan ekonomi serantau.
Katanya, kerajaan perlu memastikan urusan perniagaan dapat dijalankan dengan lebih pantas dan cekap bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan.
Berita berkaitan
September 19, 2026, 9:41 am
Trump sekat 3 media utama AS, syarikat lain bakal menyusul
September 17, 2026, 10:54 am
'Patut KL jerebu makin teruk', suasana kebakaran hutan di Kalimantan makin parah
September 7, 2026, 10:12 am
Letusan Gunung Anak Krakatau: Lapangan terbang ditutup, 170,000 penumpang terkandas
September 3, 2026, 4:36 pm
'Asap tak ada ic, tak kenal sempadan', Menteri Indonesia ulas jerebu di Sarawak
September 3, 2026, 4:24 pm
Operasi robohkan masjid secara 'live' cetus kontroversi di India
August 30, 2026, 10:01 am
Detik cemas sekeluarga terperangkap dalam arus deras banjir di Nepal
August 29, 2026, 9:23 am
Banjir Nepal: Dua rakyat Malaysia berjaya dikesan, angka korban melepasi 500 orang
August 28, 2026, 2:52 pm
Polis tahan 2 suspek curi subang dari telinga mayat mangsa banjir di Nepal
August 27, 2026, 3:48 pm
Nepal terima kifarah? 3 minggu sebelum banjir, masjid diceroboh, al-Quran dibakar
August 27, 2026, 10:38 am
