Berita Dunia
'Anda yang memegang telefon bimbit di tangan itu, sebahagiannya daripada Israel' - Netanyahu
TEL AVIV 17 Sept – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menimbulkan kontroversi apabila mendakwa sesiapa yang memiliki telefon bimbit pada asasnya “membawa Israel dalam genggaman tangan mereka”.
Ucapan yang disifatkan angkuh itu dibuat ketika beliau berjumpa delegasi Kongres Amerika Syarikat (AS) di Baitulmaqdis Barat, sekali gus mencetuskan kebimbangan global mengenai potensi penyalahgunaan teknologi komunikasi sebagai alat pengintipan.
Netanyahu turut memuji keupayaan negaranya menghasilkan telefon bimbit, ubat-ubatan, senjata dan makanan, meskipun Israel kini berdepan pengasingan antarabangsa akibat konflik berterusan di Genting Gaza.
“Washington wajar mengiktiraf segala manfaat yang diterima dari Tel Aviv. Kami juga berkongsi maklumat risikan dan sistem senjata bersama AS. Segelintir pihak sudah hentikan penghantaran komponen senjata kepada kami tetapi hal itu tidak menjadi masalah kerana kami cukup mahir dalam menghasilkan senjata,” katanya.
Beliau turut mendabik dada dengan menyebut produk makanan seperti tomato ceri sebagai hasil inovasi Israel yang kononnya dinikmati masyarakat dunia.
Bagaimanapun, kenyataan itu hadir ketika Israel semakin hilang sokongan antarabangsa. Sejumlah negara Eropah termasuk Perancis, Belanda, Britain, Sepanyol dan Itali sudah mengenakan embargo senjata penuh atau separa terhadap Tel Aviv.
Netanyahu menuduh tindakan pengasingan tersebut sebagai hasil pengaruh “agenda ekstremis” dalam dasar luar Eropah.
Namun penganalisis melihat kenyataan itu sebagai usaha beliau meraih simpati Washington yang kini menjadi sekutu terpenting Israel dalam aspek ketenteraan.
Pemimpin pembangkang, Yair Lapid menolak kenyataan Netanyahu sebagai “tidak masuk akal” dan berpunca daripada dasar kerajaan yang lemah serta gagal.
Bekas Ketua Tentera, Gadi Eisenkot pula menyifatkan tiada peluang kedua untuk memulihkan kerosakan yang telah dilakukan Netanyahu serta sekutunya.
Berita berkaitan
April 29, 2026, 9:10 am
Bekas Wanita Pertama Korea Selatan dipenjara 4 tahun
April 28, 2026, 11:31 am
Prabowo rombak Kabinet, lantik menteri, pegawai kanan baharu
April 28, 2026, 8:18 am
Tujuh maut, dua tren bertembung di Bekasi
April 23, 2026, 1:17 pm
Trump nafi tetapkan tarikh tamat perang AS-Israel dengan Iran
April 22, 2026, 11:15 am
Pesawat tak boleh terbang, penumpang easyJet diarah turun gara-gara terlebih had berat
April 22, 2026, 9:32 am
Trump umum lanjutan gencatan senjata dengan Iran, rundingan damai diteruskan
April 13, 2026, 10:41 am
Harga minyak global melonjak semula susulan sekatan AS ke atas Selat Hormuz
April 10, 2026, 1:15 pm
Trump beri amaran kepada Iran henti caj kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz
April 6, 2026, 8:00 pm
Kapal pertama Malaysia melepasi Selat Hormuz, Iran tunai janji kepada 'rakan setia'
April 6, 2026, 10:31 am
