Berita Dunia
Aisar Khaled diusir penduduk ketika hulur bantuan banjir di Bali
BALI 17 Sept. – Usaha pempengaruh selebriti, Aisar Khaled, membantu mangsa banjir di Bali bertukar insiden tidak menyenangkan apabila beliau diusir oleh penduduk tempatan ketika menghulurkan bantuan pada Selasa.
Portal Indonesia, Suara.com, melaporkan kehadiran Aisar bersama barangan bantuan dikatakan mengganggu kerja pembersihan pasca banjir serta menimbulkan kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit.
Menerusi rakaman video tular di media sosial, Aisar dilihat cuba menyerahkan bantuan sebelum sekumpulan individu tempatan memintanya beredar dari lokasi.
Situasi itu mencetuskan rasa tidak selesa dan menghalang niat asalnya untuk meringankan beban mangsa bencana.
Sebelum ini, Bali dilanda banjir besar yang meragut lebih sedozen nyawa dan menjejaskan ribuan penduduk selepas hujan lebat berterusan di enam wilayah pulau pelancongan tersebut.
Insiden melibatkan Aisar turut mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen Malaysia dan Indonesia, dengan ada yang bersimpati manakala sebahagian lain berpendapat beliau perlu lebih berhati-hati menyalurkan bantuan di luar negara. – Agensi
Berita berkaitan
June 11, 2026, 10:47 am
Iran umum Selat Hormuz ditutup sepenuhnya selepas serangan baharu AS
June 10, 2026, 9:44 pm
Kontraktor Colombia didakwa terlibat sokong RSF dalam konflik Sudan - HRW
June 10, 2026, 6:26 pm
Harga runcit petrol RON95, diesel tanpa subsidi dikekalkan bagi tempoh 11 hingga 17 Jun 2026
June 5, 2026, 2:48 pm
Brunei rombak kabinet, Putera Abdul Mateen dilantik Menteri Hal Ehwal Luar
June 4, 2026, 8:56 am
Korban wabak campak di Bangladesh cecah 601 nyawa, lebih 83,000 kes direkodkan
May 18, 2026, 5:19 pm
