Berita Ekonomi
Proton e.MAS 7 kekal EV paling laris, raih jualan lebih 5,800 unit hingga Ogos
SUBANG JAYA 18 Sept. – Proton e.MAS 7 terus mendominasi pasaran kenderaan elektrik (EV) negara apabila muncul sebagai model paling laris untuk lapan bulan berturut-turut, termasuk bagi bulan Ogos 2025.
Menurut kenyataan Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat PROTON, sebanyak 5,811 unit berjaya diserahkan kepada pelanggan dari Januari hingga Ogos tahun ini. Daripada jumlah itu, 5,455 unit dipasarkan di dalam negara manakala 356 unit dieksport ke empat pasaran antarabangsa.
Kejayaan ini turut menjadikan e.MAS 7 menguasai 24 peratus pasaran, bersamaan hampir satu daripada setiap empat EV yang dijual di Malaysia pada tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, merakamkan penghargaan kepada semua pemilik Proton e.MAS 7 atas sokongan padu mereka.
“Proton e.MAS 7 dibangunkan sebagai kereta untuk rakyat Malaysia. Kami sentiasa mendengar maklum balas pelanggan dan menambah baik kualitinya,” katanya, merujuk kepada pelancaran varian baharu pada Julai lalu yang menampilkan kemas kini ‘over-the-air’ serta pilihan warna tambahan.
Kejayaan jualan itu juga menjadi titik tolak kepada peralihan besar PROTON apabila kilang pemasangan tempatan (CKD) EV pertama syarikat itu dirasmikan di Tanjung Malim, Ogos lalu.
Sebelum ini, e.MAS 7 diimport sepenuhnya (CBU) dari China, namun dengan operasi kilang baharu yang terletak di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), model itu kini bersedia dipasang di Malaysia.
Kilang tersebut mempunyai kapasiti pengeluaran awal 20,000 unit setahun dan berupaya ditingkatkan sehingga 45,000 unit pada masa hadapan.
Langkah pemasangan tempatan dijangka mengukuhkan ekosistem EV negara dengan membuka peluang pekerjaan, selain meningkatkan penglibatan vendor tempatan dalam rantaian bekalan.
Perkembangan ini juga seiring dengan aspirasi Kerajaan untuk menjadikan Tanjung Malim sebagai hab EV Malaysia serta memastikan pengeluaran EV mampu milik seperti diseru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Media Telus
Berita berkaitan
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
BNM dijangka kekalkan kadar faedah 2.75 peratus sepanjang 2026
February 26, 2026, 5:29 pm
