Berita Sukan
'Kami tak pernah janji ganjaran RM60,000' - Cheah Liek Hou mungkin digantung - Presiden MPM
KUALA LUMPUR 18 Sept - Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan tatatertib termasuk penggantungan terhadap jaguh para badminton negara, Cheah Liek Hou, selepas beliau mendakwa ganjaran Sukan Paralimpik Paris 2024 bernilai RM60,000 masih belum ditunaikan.
Presiden MPM, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin berkata, kenyataan atlet itu yang melabel MPM sebagai ‘scam’ merupakan tuduhan serius sehingga menjejaskan reputasi badan induk berkenaan serta hubungan dengan penaja.
“Saya berpandangan tindakan ini satu fitnah atau tidak bertanggungjawab. Disebabkan posting (kenyataan di IG Story) ini, ia sedikit sebanyak menjejaskan sponsor (tajaan) yang hadir untuk bantu atlet.
“Saya percaya dengan tindakan sebegini, syarikat juga boleh ambil legal advice (nasihat undang-undang) untuk lindungi kredibiliti mereka.
“Kami sedang berbincang dengan peguam dan akan keluarkan surat tunjuk sebab kepada BAM serta Majlis Sukan Negara. Jika terbukti melanggar etika, ia boleh membawa kepada penggantungan,” katanya dalam sidang akhbar khas hari ini.
Megat pada masa sama menafikan wujud janji pembayaran RM60,000 seperti didakwa Liek Hou minggu lalu, sebaliknya menjelaskan kutipan tunai hasil penajaan hanyalah RM55,000 selain sumbangan berbentuk lain.
“Untuk makluman semua, sponsorship cash (wang penajaan) yang kita kumpulkan bernilai RM55,000 sahaja. Jadi untuk RM60,000 itu saya tidak pasti dari mana datangnya nilai ini.
“Kalau benar sangat terdesak, atlet boleh hubungi saya secara terus. Tapi apabila buat dakwaan terbuka, ia merosakkan nama organisasi, sekali gus jejaskan ekosistem penajaan,” jelasnya.
Beliau turut mengingatkan bahawa atlet perlu lebih berhemah dalam membuat kenyataan kerana ia boleh menjejaskan imej organisasi dan peluang tajaan pada masa depan.
“Setiap tindakan ada tanggungjawab. Atlet tidak boleh rasa dirinya lebih besar daripada organisasi atau negara. Jangan sesuka hati label organisasi yang memperjuangkan komuniti OKU sebagai ‘scam’. Itu sangat memalukan,” katanya.
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
