Berita Dunia
Israel berang kuasa besar iktiraf Palestin negara berdaulat
BANDAR GAZA 22 Sept – Keputusan United Kingdom (UK), Kanada dan Australia mengiktiraf negara Palestin semalam menerima reaksi berbeza, apabila rakyat Palestin menyambutnya sebagai sinar harapan manakala warga Israel menzahirkan kemarahan.
Di Gaza, ramai melihat langkah itu sebagai kemenangan moral dan pengesahan kewujudan mereka selepas hampir dua tahun perang antara Hamas dan Israel.
"Pengiktirafan ini menunjukkan dunia akhirnya mula mendengar suara kami dan ia sendiri adalah satu kemenangan moral," kata Salwa Mansour, 35, yang menyifatkannya sebagai sinar harapan di sebalik penderitaan.
Pengiktirafan itu menjadikan UK dan Kanada sebagai anggota pertama Kumpulan Tujuh (G7) ekonomi maju yang mengiktiraf Palestin, sekali gus meningkatkan tekanan ke atas Israel untuk menamatkan perang di Gaza.
Bagaimanapun, tidak semua rakyat Palestin optimis. Di Tebing Barat, sebahagian penduduk menyuarakan keraguan terhadap keberkesanan langkah tersebut.
“Pengiktirafan sahaja tidak cukup, kerana ada negara yang sebelum ini mengiktiraf Palestin bertahun-tahun lalu, tetapi ia tidak membawa kepada sebarang hasil.
“Sebaliknya, setiap hari serangan peneroka meningkat, pembunuhan meningkat, penangkapan meningkat, serbuan dan kecurian meningkat, dan pusat pemeriksaan memenuhi seluruh Tebing Barat,” kata Mohammed Azzam, penduduk Ramallah.
Sementara itu, di Baitulmaqdis, warga Israel melihat pengiktirafan itu sebagai berbahaya dan pramatang.
“Saya tidak rasa tempat keganasan seperti Gaza patut menjadi sebuah negara,” kata Tamar Lomonosov, penduduk Beit Shemesh.
Muriel Amar, 62, pula memberi amaran bahawa langkah itu mengabaikan nasib tebusan yang masih ditahan di Gaza.
Susulan pengumuman tersebut, dua menteri sayap kanan Israel, Bezalel Smotrich dan Itamar Ben Gvir, menyeru supaya Tebing Barat dianeksasi, meskipun tindakan itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Perang di Gaza tercetus selepas serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 yang mengorbankan 1,219 orang di Israel, kebanyakannya orang awam, selain 251 individu dijadikan tebusan.
Sejak itu, tindak balas ketenteraan Israel telah meragut sekurang-kurangnya 65,283 nyawa di Gaza, kebanyakannya orang awam, menurut Kementerian Kesihatan wilayah berkenaan. - Agensi
Berita berkaitan
April 29, 2026, 9:10 am
Bekas Wanita Pertama Korea Selatan dipenjara 4 tahun
April 28, 2026, 11:31 am
Prabowo rombak Kabinet, lantik menteri, pegawai kanan baharu
April 28, 2026, 8:18 am
Tujuh maut, dua tren bertembung di Bekasi
April 23, 2026, 1:17 pm
Trump nafi tetapkan tarikh tamat perang AS-Israel dengan Iran
April 22, 2026, 11:15 am
Pesawat tak boleh terbang, penumpang easyJet diarah turun gara-gara terlebih had berat
April 22, 2026, 9:32 am
Trump umum lanjutan gencatan senjata dengan Iran, rundingan damai diteruskan
April 13, 2026, 10:41 am
Harga minyak global melonjak semula susulan sekatan AS ke atas Selat Hormuz
April 10, 2026, 1:15 pm
Trump beri amaran kepada Iran henti caj kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz
April 6, 2026, 8:00 pm
Kapal pertama Malaysia melepasi Selat Hormuz, Iran tunai janji kepada 'rakan setia'
April 6, 2026, 10:31 am
