Berita Hiburan
Abby Abadi dimasukkan ke hospital selepas konsert Elite Live ’25, disahkan alami influenza
KUALA LUMPUR 22 Sept. – Penyanyi dan pelakon terkenal, Abby Abadi dimasukkan ke hospital sejurus selesai menjayakan konsert Elite Live ’25 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) malam Sabtu lalu selepas mengalami demam panas yang disahkan sebagai jangkitan influenza.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata, dia sudah mula berasa tidak sihat sejak sesi latihan sehari sebelum konsert, namun tetap meneruskan persembahan demi menghargai peminat dan rakan artis.
“Yer, saya demam panas masa konsert Elite. Sehari sebelum konsert, rehearsal di Plenary Hall, KLCC. Balik tu terus rasa tak sedap badan.
“Esoknya pagi sebelum konsert, ada rehearsal lagi, badan dah rasa lain dah, 'kayuh' juga untuk menjayakan konsert walaupun dah sakit tekak, selesema masa itu,” tulisnya di Instagram.
Abby turut memohon maaf kepada anggota kumpulan Elite, X Factor serta para peminat yang hadir, sambil menyatakan keyakinan bahawa ada hikmah di sebalik ujian kesihatannya.
“Habis konsert, terus serah diri ke hospital… tinggi ye panas saya, 40 darjah Celsius. Ambil darah semua, rupanya Influenza. Berehatlah sekejap Abby Abadi ye,” katanya.
Konsert Elite Live ’25 menandakan kemunculan semula kumpulan wanita popular era 90-an itu yang dianggotai Abby, Linda Rafar, Azza Zawari, Shasha Saidin dan Watie Sadali. Lebih 2,500 peminat hadir menyaksikan persembahan penuh nostalgia tersebut.
Abby kini sedang menerima rawatan dan dinasihatkan untuk berehat sepenuhnya. Rakan selebriti serta para peminat turut menitipkan doa agar beliau segera sembuh dan kembali aktif dalam dunia seni. - Media Telus
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
