Berita Hiburan
Kaki kiri Sathiya dipotong hingga paras lutut, rakyat Malaysia titip kata-kata semangat
KUALA LUMPUR 23 Sept – Pelawak dan pelakon veteran, Sathiya, 61, dilaporkan selamat menjalani pembedahan bagi memotong kaki kirinya hingga ke paras lutut di sebuah hospital di sini, baru-baru ini.
Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran Facebook (FB) sebuah portal berita yang memaparkan foto Sathiya duduk di atas katil hospital dengan kaki kirinya sudah dipotong.
Terdahulu, pada 25 Ogos lalu, Sathiya memaklumkan kakinya mungkin terpaksa dipotong sekiranya kuman semakin merebak.
Namun pada 1 September, beliau memaklumkan keadaan sudah bertambah baik dan pembedahan itu tidak perlu dilakukan.
Berita terbaharu mengenai keadaannya mengundang reaksi ramai netizen yang mendoakan kesembuhan serta kekuatan buat pelakon popular sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu.
"Selama berdekad-dekad, dia menghadirkan keceriaan, tawa dan senyuman kepada jutaan rakyat Malaysia menerusi persembahan yang tidak lapuk ditelan zaman.
"Seorang insan yang begitu banyak menabur kebahagiaan kepada masyarakat wajar diberi penghargaan, sokongan dan perhatian pada saat yang sukar ini," tulis seorang pengguna media sosial.
Hantaran sama turut menyuarakan harapan agar kerajaan serta pihak berwajib tampil memberikan bantuan dan sokongan sewajarnya sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan besar Sathiya kepada industri hiburan dan masyarakat.
"Teruslah tabah, Sathiya, seluruh negara sedang mendoakan kesihatan dan pemulihan anda," tambah komen tersebut. - Media Telus
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
