Berita Dunia
'Negara anda sedang menuju ke neraka' - Trump hentam Eropah di PBB
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, New York 24 Sept – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencetuskan kontroversi di Perhimpunan Agung PBB apabila melancarkan kecaman keras terhadap negara-negara Eropah, sambil menyifatkan dasar imigresen mereka menghancurkan benua itu.
Dalam ucapannya, Trump turut menggesa Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, supaya membuka lebih banyak telaga minyak di Laut Utara, selain menolak isu pemanasan global yang disifatkannya sebagai ‘penipuan’.
Laman berita Mirror.co.uk melaporkan, Trump kembali menyasarkan serangan peribadi terhadap Datuk Bandar London, Sadiq Khan, dengan mendakwa tanpa asas bahawa beliau cuba melaksanakan undang-undang Syariah di ibu kota Britain.
Trump turut mengecam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan mendakwa badan dunia itu gagal mencapai potensinya dan beroperasi dalam keadaan korup.
Beliau tiba di pentas sambil mengadu mengenai eskalator rosak dan teleprompter tidak berfungsi di bangunan ibu pejabat PBB, yang diselangi dengan gurauan mengenai pengalaman peribadinya pernah membida kontrak baik pulih kompleks itu.
“Mereka membelanjakan antara AS$2 bilion (RM8.4 bilion) hingga AS$4 bilion (RM16.8 bilion), namun gagal mendapatkan lantai marmar yang saya pernah janjikan (lantai lebih baik jika Trump diberikan kontrak).
“Melihat bangunan dan terperangkap di eskalator, mereka (PBB) gagal.
“Apa yang saya dapat dari PBB hanyalah eskalator yang berhenti di tengah jalan, jika Wanita Pertama (Melania Trump) tidak berada dalam keadaan yang baik, beliau akan terjatuh.
“Dan sekarang teleprompter pula tidak berfungsi. Itulah yang saya dapat dari PBB, hanya eskalator dan teleprompter yang teruk,” kata Trump.
Presiden AS itu menambah:
“Apakah tujuan PBB? PBB mempunyai potensi yang begitu besar… tetapi ia jauh daripada mencapai potensi itu. Kebanyakan yang mereka lakukan hanyalah menulis surat dengan kata-kata keras.”
Trump sekali lagi menyindir dasar imigresen negara-negara Eropah dengan kenyataan:
“Negara-negara anda sedang menuju ke neraka.” - Agensi
Berita berkaitan
June 11, 2026, 10:47 am
Iran umum Selat Hormuz ditutup sepenuhnya selepas serangan baharu AS
June 10, 2026, 9:44 pm
Kontraktor Colombia didakwa terlibat sokong RSF dalam konflik Sudan - HRW
June 10, 2026, 6:26 pm
Harga runcit petrol RON95, diesel tanpa subsidi dikekalkan bagi tempoh 11 hingga 17 Jun 2026
June 5, 2026, 2:48 pm
Brunei rombak kabinet, Putera Abdul Mateen dilantik Menteri Hal Ehwal Luar
June 4, 2026, 8:56 am
Korban wabak campak di Bangladesh cecah 601 nyawa, lebih 83,000 kes direkodkan
May 18, 2026, 5:19 pm
