Berita Sukan
JDT belasah Bangkok United 4-0, Bergson cemerlang hatrik di ACC
ISKANDAR PUTERI 25 Sept. – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menunjukkan taring apabila menundukkan Bangkok United 4-0 dalam aksi Kumpulan B Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.
Kemenangan itu menyaksikan Harimau Selatan meraih enam mata penuh daripada dua perlawanan sekali gus kekal di tangga teratas kumpulan.
JDT berdepan detik cemas seawal minit ke-16 apabila pengadil dari Korea Selatan, Kim Hee-gon menghadiahkan sepakan penalti kepada Bangkok United selepas kekasaran Jon Irrazabal terhadap Muhsen Al-Ghassan. Namun, keputusan itu dibatalkan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).
Stadium bergema pada minit ke-46 apabila Bergson Da Silva menyempurnakan umpanan Oscar Arribas untuk membuka jaringan buat JDT.
Bergson sekali lagi menjadi watak penting gol kedua pada minit ke-52 apabila lorongannya disudahkan Joao Figueiredo menewaskan penjaga gol lawan, Patiwat Khammal.
Penyerang berbisa itu kemudian menggandakan koleksi peribadinya pada minit ke-73 selepas menolak masuk bola muntah hasil rembatan Arif Aiman yang gagal ditangkap kemas penjaga gol lawan.
Bangkok United cuba bangkit, namun percubaan Luka Adzic pada minit ke-79 berjaya ditangkap kemas Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.
Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, Bergson menutup malam gemilangnya dengan melengkapkan hatrik menerusi hantaran Jairo da Silva, sekali gus memastikan kemenangan bergaya 4-0 buat JDT. - Media Telus
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
