Berita Hiburan
Penerbit Datuk A. Aida rebah selepas fisioterapi, kini ditidurkan
KUALA LUMPUR 25 Sept.– Penerbit terkenal, Datuk A. Aida dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pagi tadi selepas dilaporkan rebah sejurus menjalani fisioterapi.
Menurut rakan baiknya yang juga Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim, keadaan A. Aida sebelum itu dilaporkan normal selepas menjalani pembedahan lutut pada Selasa lalu.
“Dua hari lepas dia menjalani pembedahan pada kedua-dua lutut dan semalam keadaannya baik, tiada sebarang masalah. Namun pagi tadi ketika rawatan fisioterapi, dia tiba-tiba rebah dan muntah.
“Kakitangan hospital segera membantu, tetapi tekanan darahnya menurun dan sebelum doktor tiba, dia sudah tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi media.
Beliau memaklumkan, penerbit berusia 55 tahun itu kini masih tidak sedarkan diri kerana ditidurkan serta sedang dipantau rapi oleh pasukan perubatan. Punca sebenar keadaannya masih belum dapat dikenal pasti.
Terdahulu, A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang dilaporkan aktif bekerja sebelum ini dan tidak pernah mendedahkan sebarang masalah kesihatan. – Media Telus
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
