Berita Sukan
Norshahrul Idlan kecewa tunggakan gaji Melaka United sejak 2022 belum selesai
KUALA LUMPUR – Bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha meluahkan kekecewaannya apabila tunggakan gaji selama enam bulan bersama Melaka United sejak 2022 masih gagal dilunaskan.
Menerusi perkongsian di Instagram, pemain yang mesra disapa Mat Yo itu menegaskan beliau tidak menghalalkan hutang berkenaan dan menuntut pihak terbabit melaksanakan tanggungjawab.
“Saya bekerja tetapi tidak dibayar gaji. Minta tolong, tiada seorang pun yang mahu membantu seolah-olah kita tidak pernah berbakti kepada negeri Melaka.
“Ingatlah hidup umpama roda, bumi ini berputar. Saya memang tidak pernah halalkan, hutang wajib dibayar,” katanya.
Norshahrul turut mempersoalkan transaksi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang didakwa dibuat pihak tertentu pada Julai 2025, sedangkan gaji tertunggak langsung tidak dijelaskan.
“Kes sudah menang di mahkamah, tetapi semua tidak mahu bertanggungjawab. Pelik, KWSP boleh pula dibayar pada Julai 2025, tapi gaji tidak.
“Siapa yang buat transaksi itu? Tak baik aniaya orang. Saya bekerja tapi tidak dibayar gaji,” katanya lagi.
Untuk rekod, Norshahrul pernah memenangi Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) tiga tahun berturut-turut pada 2010, 2011 dan 2012. Beliau pernah menyarung jersi beberapa kelab tempatan seperti Kelantan, Johor Darul Ta’zim (JDT), Sarawak United dan Melaka United, selain beraksi di Liga Thailand bersama BG Pathum United pada 2020 hingga 2021. – Media Telus
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
