Berita Dunia
Kawasan setinggan terbesar Asia di Mumbai bakal dirobohkan, beri laluan projek berskala mega
MUMBAI 26 Sept – Jentolak dijangka memasuki kawasan setinggan terbesar Asia, Dharavi, di tengah kota metropolitan Mumbai bagi membuka laluan kepada projek pembangunan semula berskala mega.
Skim yang diterajui pihak berkuasa Mumbai bersama hartawan terkenal, Gautam Adani itu bakal meratakan lorong-lorong sempit dan penempatan padat berusia lebih seabad, sekali gus memindahkan jutaan penduduk dan pekerja yang selama ini menjadikan Dharavi sebagai tempat tinggal dan sumber rezeki.
Dharavi mula didiami pelarian bencana kebuluran dan banjir dari Gujarat pada abad ke-19 sebelum berkembang pesat hasil gelombang penghijrahan seterusnya.
Kini, kawasan seluas 240 hektar itu menempatkan hampir 350,000 orang setiap kilometer persegi antara kepadatan tertinggi di dunia.
Selain menjadi sisi gelap bandaraya Mumbai, Dharavi juga berfungsi sebagai nadi ekonomi melalui industri kecil seperti tembikar, penyamakan kulit dan kitar semula yang dianggarkan menjana pendapatan tahunan mencecah AS$1 bilion (RM4.2 bilion).
Ketua Pegawai Eksekutif Projek Pembangunan Semula Dharavi (DRP), SVR Srinivas, menyifatkan inisiatif itu sebagai “projek pembaharuan bandar terbesar di dunia.”
“Kami sedang membina sebuah bandar di dalam bandar. Ia bukan sekadar pembangunan setinggan,” katanya sambil menegaskan setiap keluarga akan menerima sebuah rumah baharu, seboleh mungkin di dalam kawasan Dharavi itu sendiri.
Risalah rasmi projek memaparkan pelan kejiranan moden dengan bangunan baharu, jalan berturap, ruang hijau serta pusat membeli-belah – menjanjikan wajah segar buat kawasan yang pernah menjadi latar filem Slumdog Millionaire (2008). - Agensi
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:11 pm
Trump larang warga Palestin masuk AS
December 15, 2025, 8:32 pm
Ibu bapa doa keselamatan lelaki disanjung wira insiden tembakan Pantai Bondi
December 15, 2025, 9:16 am
Serangan tembakan Pantai Bondi: Polis sahkan bapa, anak dalang,16 terkorban
December 9, 2025, 12:53 pm
Kemboja balas serangan, pertempuran dengan Thailand semakin tegang
December 1, 2025, 10:02 pm
Afrika lancar suntikan cegah HIV pertama
November 28, 2025, 8:16 pm
Penduduk Hatyai ambil barang tanpa bayar selepas banjir cetus perdebatan
November 28, 2025, 1:38 pm
Terpaksa tambah peti mayat, 105 mayat ditemui dalam tempoh lima hari banjir landa Hatyai
November 28, 2025, 9:39 am
Korban kebakaran terburuk di Hong Kong cecah 94 orang
November 27, 2025, 10:09 am
