Berita Sukan
FIFA gantung tujuh pemain warisan Harimau Malaya kemuka dokumen palsu, FAM didenda RM1.8 juta
KUALA LUMPUR 26 Sept - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama tujuh pemain kebangsaan dikenakan tindakan tegas oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berhubung pemalsuan dokumen.
Dalam kenyataan rasmi, FIFA memaklumkan FAM menyerahkan dokumen dipalsukan ketika proses kesahihan kelayakan pemain, bagi membolehkan mereka diturunkan dalam perlawanan rasmi.
Tujuh pemain yang terbabit ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui serta Hector Alejandro Hevel Serrano.
Kesemua mereka beraksi ketika perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun lalu, yang kemudiannya mencetuskan aduan rasmi mengenai status kelayakan beberapa pemain terbabit.
Hasil siasatan, Jawatankuasa Tatatertib FIFA memutuskan FAM dikenakan denda sebanyak CHF350,000 (RM1.8 juta). Manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (RM10,560) serta digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan, berkuat kuasa serta-merta.
Selain itu, isu kelayakan pemain untuk mewakili Malaysia turut dirujuk kepada Tribunal Bolasepak FIFA untuk pertimbangan lanjut. FAM dan semua pemain berkenaan sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu, dengan peluang untuk merayu masih terbuka kepada Jawatankuasa Rayuan FIFA.
Terdahulu pada Julai lalu, sebuah laporan dari Indonesia mendakwa kemenangan 4-0 Malaysia ke atas Vietnam pada 10 Jun mungkin dibatalkan susulan dakwaan pemain naturalisasi Harimau Malaya tidak layak beraksi. Laporan itu menyebut keputusan perlawanan boleh dianggap tidak sah, sekali gus kemenangan diberikan 3-0 kepada Vietnam.
Namun, FAM ketika itu menolak tuduhan berkenaan sebagai tidak berasas dengan menegaskan semua prosedur pendaftaran pemain sudah dipatuhi.
Untuk rekod, sembilan daripada 11 pemain utama Malaysia pada aksi menentang Vietnam adalah pemain naturalisasi. Lima daripada mereka – Figueiredo, Holgado, Irazabal, Garces dan Machuca – hanya menerima kelulusan FIFA beberapa jam sebelum sepak mula.
Sementara itu, Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John, mengesahkan perkara itu secara ringkas kepada BH Sukan.
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
