Berita Hiburan
'Niat mahu bantu Sathyia' - Murali Abdullah cadang arah drama dibintangi Sathiya dan David Arumugam
KUALA LUMPUR 27 Sept - Pertemuan dua nama besar seni tanah air, David Arumugam daripada kumpulan Alleycats dan pelawak terkenal Baby Face, mencetuskan idea baharu buat pengarah drama popular, Murali Abdullah.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, Murali memuat naik gambar kedua-dua figura seni itu yang dirakam oleh Amani, anak kepada Baby Face.
“Lagenda Muzik berjumpa dengan Lagenda Komedi. Semalam David Arumugam (Alleycats) bertemu dengan Baby Face,” tulisnya.
Murali turut mengakui rasa kagumnya terhadap vokalis tersohor Alleycats itu, sambil menyatakan hasrat untuk menyatukan kedua-dua seniman berkenaan dalam sebuah drama.
“Saya sangat meminati David Arumugam. Teringin juga kalau ada gandingan mereka berdua dalam satu drama di YouTube.
“Kalau saya arahkan drama ini dengan tujuan untuk kutip derma buat Satiya, anda semua akan tonton tak? Sebuah drama komedi yang ada muzik dan juga menyentuh perasaan (trade mark saya, kan saya suka buat penonton menangis),” katanya.
Beliau dalam nada bergurau turut meminta warganet memberi cadangan tajuk serta jalan cerita drama yang bakal dibangunkan, namun mengingatkan agar tidak menuntut bayaran keterlaluan.
“Jangan pula minta bayaran RM2 juta ya. Saya bergurau saje,” katanya lagi.
Perkongsian itu menerima reaksi positif netizen yang rata-ratanya teruja dengan idea tersebut dan berharap projek berkenaan menjadi kenyataan.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
