Berita Dunia
39 maut, lebih 50 cedera dalam rempuhan perhimpunan politik di India
NEW DELHI 28 Sept. – Sekurang-kurangnya 39 orang dilaporkan maut, manakala lebih 50 lagi cedera dalam rempuhan ketika perhimpunan politik di negeri Tamil Nadu, selatan India semalam, lapor The Sun UK.
Perhimpunan itu dianjurkan pelakon terkenal yang juga calon parti Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK), Joseph Vijay Chandrasekhar atau lebih dikenali sebagai Vijay.
Menurut Menteri Kesihatan Tamil Nadu, Ma Subramanian, mangsa yang terkorban terdiri daripada 13 lelaki, 17 wanita dan sembilan kanak-kanak.
“Lebih 50 orang lagi sedang menerima rawatan intensif,” katanya.
Susulan tragedi itu, seramai 44 doktor dan pakar forensik dari pelbagai hospital dikerahkan bagi membantu operasi pemulihan.
Vijay terpaksa menghentikan ucapannya selepas beberapa peserta termasuk kanak-kanak dan pekerja pengsan akibat kesesakan.
Walaupun jumlah pengunjung dijangka sekitar 10,000 orang, laporan pihak berkuasa mendapati kehadiran sebenar mencecah 50,000 orang.
Ketua Menteri Tamil Nadu, MK Stalin menyifatkan insiden itu sebagai sangat membimbangkan dan mengarahkan rawatan segera diberikan kepada semua mangsa. - Media Telus
Berita berkaitan
June 11, 2026, 10:47 am
Iran umum Selat Hormuz ditutup sepenuhnya selepas serangan baharu AS
June 10, 2026, 9:44 pm
Kontraktor Colombia didakwa terlibat sokong RSF dalam konflik Sudan - HRW
June 10, 2026, 6:26 pm
Harga runcit petrol RON95, diesel tanpa subsidi dikekalkan bagi tempoh 11 hingga 17 Jun 2026
June 5, 2026, 2:48 pm
Brunei rombak kabinet, Putera Abdul Mateen dilantik Menteri Hal Ehwal Luar
June 4, 2026, 8:56 am
Korban wabak campak di Bangladesh cecah 601 nyawa, lebih 83,000 kes direkodkan
May 18, 2026, 5:19 pm
