Berita Sukan
Safee Sali: Harimau Malaya kini jadi ancaman di rantau ini
KUALA LUMPUR – Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali menyifatkan skuad Harimau Malaya kini berada pada tahap tersendiri sehingga menjadi ‘ancaman’ kepada negara lain di rantau ini.
Safee berkongsi pandangan itu menerusi InstaStory dengan merujuk kepada laporan mengenai hukuman dikenakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan negara.
“Pandangan saya, semua negara jiran sudah mula risau dengan kehebatan pasukan Harimau Malaya kita.
“Sekarang ini peluang pemain-pemain lain untuk bangkit dan ambil peluang teruskan momentum pasukan kita,” katanya.
Safee turut menyeru penyokong agar terus bersatu dan memberi sokongan padu tanpa menuding jari atau menyalahkan pihak tertentu susulan isu berkenaan.
“Jika ketika menang kita mampu bersorak bersama, maka saat menghadapi dugaan seperti ini, kita perlu tampil dengan sokongan yang lebih kuat dan tidak berbelah bahagi.
“Orang dituduh bunuh pun masih diberi peguam bela dan peluang mempertahankan diri. Ini belum tentu salah, tapi ramai sudah jadi hakim dan juri.
“Bila negara kita dituduh, sepatutnya kita bersatu hati bukan saling tuduh-menuduh. Berdiri teguh dulu, baru nilai dengan akal, bukan emosi,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
