Berita Dunia
Global Sumud Flotilla kini hanya 399 batu nautika dari Gaza
ISTANBUL 29 Sept. – Kapal flotilla bantuan antarabangsa kini hanya tinggal 399 batu nautika dari Semenanjung Gaza dan dijangka tiba di wilayah berkenaan pada 30 September ini, lapor Anadolu Ajansi.
“Masa berlalu dan flotilla turut bergerak bersamanya – setiap minit membawa Flotilla Sumud Global semakin hampir ke Gaza dan keadilan yang sewajarnya diperoleh rakyatnya,” kata gabungan itu dalam satu kenyataan di platform X.
Mereka turut berkongsi peta laluan kapal-kapal tersebut dengan menyatakan hanya tinggal jarak laut sebelum tiba ke wilayah yang dikepung itu.
Jurucakap armada Maghreb flotilla, Wael Naouar, memaklumkan kapal dijangka tiba pada 30 September atau 1 Oktober bergantung pada keadaan cuaca.
Global Sumud Flotilla terdiri daripada kira-kira 50 kapal yang berlayar awal bulan ini dengan misi memecahkan sekatan Israel serta menghantar bantuan kemanusiaan, khususnya bekalan perubatan ke Gaza.
Dalam rakaman video dikongsi seorang aktivis Turkiye, sebuah kapal tentera laut Greece dilihat berundur selepas mengiringi konvoi itu di perairan antarabangsa, manakala tentera laut Itali dan Sepanyol terus memberikan perlindungan.
“Satu-satunya penghalang antara kami dan Gaza ketika ini hanyalah laut,” kata seorang aktivis dari Belanda, Ross Ykema dalam kenyataan video.
Sejak 2 Mac lalu, Israel menutup sepenuhnya lintasan ke Gaza, menghalang konvoi makanan dan bantuan sehingga menyebabkan keadaan kebuluran semakin meruncing.
Hanya bekalan terhad dibenarkan masuk secara berselang-seli, namun sebahagian daripadanya dirampas kumpulan bersenjata yang menurut pihak berkuasa Gaza mendapat perlindungan Israel. - Media Telus
Berita berkaitan
April 29, 2026, 9:10 am
Bekas Wanita Pertama Korea Selatan dipenjara 4 tahun
April 28, 2026, 11:31 am
Prabowo rombak Kabinet, lantik menteri, pegawai kanan baharu
April 28, 2026, 8:18 am
Tujuh maut, dua tren bertembung di Bekasi
April 23, 2026, 1:17 pm
Trump nafi tetapkan tarikh tamat perang AS-Israel dengan Iran
April 22, 2026, 11:15 am
Pesawat tak boleh terbang, penumpang easyJet diarah turun gara-gara terlebih had berat
April 22, 2026, 9:32 am
Trump umum lanjutan gencatan senjata dengan Iran, rundingan damai diteruskan
April 13, 2026, 10:41 am
Harga minyak global melonjak semula susulan sekatan AS ke atas Selat Hormuz
April 10, 2026, 1:15 pm
Trump beri amaran kepada Iran henti caj kapal tangki minyak lalu Selat Hormuz
April 6, 2026, 8:00 pm
Kapal pertama Malaysia melepasi Selat Hormuz, Iran tunai janji kepada 'rakan setia'
April 6, 2026, 10:31 am
