Berita Sukan
Afiq Fazail, Tee Ai Xin dinobat Olahragawan dan Olahragawati Johor
JOHOR BAHRU 30 Sept. – Pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Afiq Fazail dan atlet ping pong kebangsaan, Tee Ai Xin, diumumkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Johor pada Anugerah Sukan Johor (ASJ) ke-31 yang berlangsung di Dewan Kenanga, Majlis Bandaraya Johor Bahru, malam tadi.
Kedua-dua atlet berusia 30 tahun itu membawa pulang piala pusingan serta hadiah wang tunai RM7,000 masing-masing.
Kejayaan Afiq mencatat sejarah apabila beliau menjadi pemain bola sepak pertama menerima anugerah berprestij itu selepas membantu JDT mengekalkan dominasi bola sepak tempatan dengan meraih kejuaraan Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih pada musim 2023 dan 2024.
Selain itu, Afiq juga dipilih sebagai Pemain Tengah Terbaik di Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2023 dan memenangi kategori Bantuan Jaringan Terbaik dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024 dan 2025.
“Alhamdulillah, saya tidak menjangka dipilih sebagai Olahragawan Johor. Kejayaan ini rezeki dan hadiah hari jadi yang sangat bermakna, malah ia meningkatkan motivasi saya untuk terus membantu JDT mencipta kejayaan,” kata pemain kelahiran Pontian itu.
Beliau mengenepikan calon lain iaitu pemain badminton negara, Nur Izzudin Rumsani dan atlet kenu kebangsaan, Montoya Raw Aik Michael, manakala Ai Xin pula mengatasi cabaran atlet menembak negara, Nurul Syasya Nadia Mohd Ariffin dan atlet kenu, Nur Amirah Anisah Abdul Kadir.
Dalam kategori lain, atlet olahraga negara, Umar Osman, dipilih sebagai Olahragawan Harapan Johor, manakala pemain badminton, Dania Sofea Zaidi, diumumkan sebagai Olahragawati Harapan.
Umar yang baru menyertai Kejohanan Olahraga Dunia di Jepun berkata, pengiktirafan itu memberi semangat tambahan kepadanya untuk mencatat masa di bawah 46 saat dalam acara 400 meter menjelang Sukan SEA di Thailand, Disember ini. - Media Telus
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
