Berita Dunia
91 pelajar masih terperangkap bangunan pondok runtuh di Jawa Timur
JAKARTA 1 Okt. – Pasukan penyelamat giat mengeluarkan 91 pelajar yang dipercayai masih terperangkap selepas bangunan empat tingkat Pondok Pengajian Islam Al Khozyni di Sidoarjo, Jawa Timur runtuh pada Isnin.
Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB), Abdul Muhari berkata, tiga pelajar disahkan maut, 27 masih dirawat di enam hospital, manakala 70 lagi telah dibenarkan pulang.
Beliau memaklumkan, runtuhan berlaku ketika kerja menuang konkrit di tingkat atas sedang dijalankan, menyebabkan pelajar dan pekerja tertimbus di bawah timbunan konkrit dan besi.
“Enam pelajar dipercayai masih hidup di bawah runtuhan. Makanan dan minuman disalurkan melalui celahan konkrit kerana jentera berat tidak digunakan bagi mengelak runtuhan susulan,” katanya.
Menurut Abdul Muhari, punca kejadian dikaitkan dengan kegagalan teknologi pembinaan, manakala operasi mencari dan menyelamat berdepan kesukaran akibat struktur tidak kukuh.
Suasana pilu menyelubungi kawasan sekolah dan hospital, dengan keluarga mangsa menunggu khabar mengenai pelajar yang masih hilang. Ketua sekolah, KH Abdus Salam Mujib, tampil memohon maaf kepada waris mangsa.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 10:47 am
Iran umum Selat Hormuz ditutup sepenuhnya selepas serangan baharu AS
June 10, 2026, 9:44 pm
Kontraktor Colombia didakwa terlibat sokong RSF dalam konflik Sudan - HRW
June 10, 2026, 6:26 pm
Harga runcit petrol RON95, diesel tanpa subsidi dikekalkan bagi tempoh 11 hingga 17 Jun 2026
June 5, 2026, 2:48 pm
Brunei rombak kabinet, Putera Abdul Mateen dilantik Menteri Hal Ehwal Luar
June 4, 2026, 8:56 am
Korban wabak campak di Bangladesh cecah 601 nyawa, lebih 83,000 kes direkodkan
May 18, 2026, 5:19 pm
