Berita Sukan
Munoz puas hati prestasi JDT walau seri tanpa jaringan lawan Machida Zelvia
ISKANDAR PUTERI 1 Okt. – Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz berpuas hati dengan prestasi skuad bimbingannya meskipun terikat tanpa jaringan menentang kelab Jepun, Machida Zelvia dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Munoz berkata, barisan Harimau Selatan telah mempamerkan aksi berkualiti walaupun berdepan tempo dan intensiti tinggi daripada pasukan lawan.
“Bagi saya, semua pemain telah beraksi dengan baik dan momentum ini perlu terus dikekalkan. Kami berada di landasan yang betul, penting untuk belajar serta memperbaiki apa yang perlu bagi memberikan aksi lebih baik,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan.
Menurutnya, ketiadaan tiga tonggak, Jon Irazabal, Hector Hevel dan Joao Figueiredo yang digantung perlawanan juga membuka ruang untuk pemain lain menonjolkan kemampuan.
“Tengok sahaja malam ini, mereka telah menunjukkan mentaliti dan kapasiti yang baik dengan memberikan aksi 100 peratus. Itu sangat penting untuk pasukan,” katanya.
Munoz turut menghormati keputusan pengadil yang memberikan sepakan penalti kepada Machida pada babak pertama, namun mengingatkan pemain supaya sentiasa mengawal emosi.
“Apabila menentang pasukan yang bagus, kawalan emosi sangat penting. Inilah perkara yang perlu kita perbaiki,” ujarnya.
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
