Berita Sukan
Ahmad Syihan cemerlang, jadi wira JDT ikat Machida Zelvia
JOHOR BAHRU 1 Okt. – Tugasan pertama Ahmad Syihan Hazmi Mohamed mengawal gawang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menjadi kenangan manis apabila beliau berjaya memastikan pintu gol Harimau Selatan tidak dibolosi ketika menentang Machida Zelvia FC di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Penjaga gol kelahiran Kubang Kerian, Kelantan itu tampil cemerlang apabila menafikan enam percubaan berbahaya skuad kendalian Go Kuroda, sekali gus membantu JDT membawa pulang satu mata berharga.
Detik paling mencemaskan berlaku pada minit ke-20 apabila Machida dihadiahkan sepakan penalti. Namun, percubaan Yuki Soma sekadar singgah di tiang kiri gol setelah Ahmad Syihan kekal tenang menghadapi situasi getir tersebut.
“Dalam situasi sepakan penalti, penjaga gol tak boleh banyak fikir. Fokus, tenang dan buat keputusan pantas di arah yang kita yakin. Alhamdulillah kali ini bola terkena tiang,” katanya yang turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan.
Mengulas pemilihannya dalam kesebelasan utama, Ahmad Syihan berkata beliau bersyukur kerana diberi peluang beraksi di pentas besar ACLE dan menegaskan setiap pemain pastinya mengidamkan peluang seumpama itu.
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
