Berita Sukan
Ultras Malaya tuntut FAM dedah maklumat pemain warisan digantung Fifa
KUALA LUMPUR 1 Okt. – Kumpulan penyokong Harimau Malaya, Ultras Malaya, menuntut pihak pengurusan bola sepak negara segera mendedahkan susur galur tujuh pemain warisan yang digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Menerusi kenyataan di Facebook, kumpulan itu menegaskan penggantungan tersebut bukan sahaja mencalarkan imej Harimau Malaya, malah turut menjatuhkan maruah negara di pentas antarabangsa.
“Sudah empat hari Harimau Malaya dipijak dan dimalukan, namun tiada penjelasan jujur diberikan. Pihak pengurusan, khususnya Ketua Pegawai Eksekutif atau Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya perlu segera mendedahkan susur galur pemain-pemain tersebut,” kata kenyataan itu.
Sebelum ini, FAM bersama tujuh pemain warisan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berhubung isu pemalsuan dokumen.
FAM mengakui terdapat kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen yang dilakukan kakitangannya dan menegaskan perkara itu dipandang serius.
Tujuh pemain yang digantung ialah Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca.
FIFA turut mengenakan denda sebanyak CHF350,000 (RM1.8 juta) terhadap FAM, manakala setiap pemain terbabit didenda CHF2,000 (RM10,560) serta digantung 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak.
Ketika ini, FAM sedang dalam proses mengemukakan rayuan rasmi kepada FIFA.
Ultras Malaya dalam kenyataannya juga mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil memberi penjelasan mengenai status kewarganegaraan tujuh pemain tersebut.
“Kami menuntut agar pihak KDN dan JPN memberi penerangan adakah permohonan dan proses kewarganegaraan tujuh pemain yang terlibat diurus dengan baik dan teliti.
“Kami juga mahu penjelasan bagaimana apa yang terkandung dalam Perkara 19 Perlembagaan Malaysia boleh bertentangan dengan kelulusan permohonan kerakyatan tujuh pemain terbabit,” katanya.
Selain itu, Ultras Malaya turut mengkritik Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang didakwa cuai sehingga melakukan kesilapan teknikal dalam penyerahan dokumen kepada FIFA.
“FAM perlu memberi penerangan apakah kesilapan teknikal yang telah dilakukan ketika penyerahan dokumen kepada pihak FIFA,” tegas kumpulan itu lagi.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 6:33 pm
Sukan SEA: Miki Ghazali tumpaskan Thailand, hadiahkan emas buat negara acara Muay Thai 57kg
December 17, 2025, 1:31 pm
FIFA isytihar Malaysia kalah 3-0 dalam tiga perlawanan antarabangsa tier 1
December 15, 2025, 10:42 am
Media Thailand terkejut dominasi sepak takraw regu berpasukan berakhir, Malaysia raih emas bersejarah
December 15, 2025, 10:29 am
Kem badminton negara masih perlukan Rexy Mainaky – Tengku Zafrul
December 13, 2025, 11:45 am
Ketiadaan Figueiredo jejaskan jentera serangan JDT jelang final Piala FA
December 10, 2025, 2:01 pm
Kemboja tarik diri daripada Sukan SEA susulan konflik dengan Thailand
December 10, 2025, 11:38 am
Xisco bangga prestasi JDT walau terikat tanpa jaringan dengan Shanghai Port FC
December 8, 2025, 8:24 pm
JDT sedia buat Shanghai Port ‘merana’ di SSI
December 2, 2025, 9:30 am
FIFPro kecam hukuman FIFA terhadap tujuh pemain warisan, anggap terlalu keterlaluan
December 1, 2025, 11:49 am
