Berita Hiburan
Ardell Aryana cedera serius selepas diserang tentera Israel ketika sertai misi kemanusiaan
KUALA LUMPUR 6 Okt – Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana dilaporkan mengalami koyakan tisu bahu dan lebam di beberapa bahagian badan selepas menjadi mangsa kekerasan tentera Israel ketika menyertai Misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza baru-baru ini.
Menurut suaminya, Nadzmi Adhwa, isterinya ditumbuk dan ditarik rambut secara kasar semasa ditahan tentera rejim Zionis. Abang kepada Ardell pula memaklumkan keadaan adiknya masih lemah dan kini dirawat di sebuah hospital di Istanbul, Turkiye.
Sumber CENTHRA turut mengesahkan Ardell dan seorang lagi aktivis Malaysia, Haikal Abdullah, antara yang cedera dan dibawa ke hospital selepas dibebaskan daripada tahanan rejim Israel. Misi GSF yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza sebelum ini dipintas dan diserang tentera Israel di perairan antarabangsa.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
