Berita Sukan
FAM anggap laporan FIFA tidak tepat, akan kemuka rayuan rasmi
KUALA LUMPUR 7 Okt - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan bahawa gambaran yang diberikan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung isu dokumentasi kelayakan tujuh pemain kebangsaan adalah tidak tepat dan tidak adil.
Dalam kenyataan rasmi hari ini, FAM memaklumkan pihaknya telah menerima dokumen penuh penghakiman FIFA berkaitan keputusan tatatertib itu dan akan segera mengemukakan rayuan rasmi melalui saluran undang-undang yang ditetapkan.
Menurut badan induk tersebut, semua dokumen dan bukti sokongan berkaitan isu berkenaan telah lengkap sepenuhnya dan sedia dikemukakan kepada FIFA dengan kadar segera.
“FAM memandang serius beberapa kesimpulan, khususnya dakwaan bahawa para pemain memperoleh dokumen yang dipalsukan atau dengan sengaja berusaha mengelak peraturan kelayakan.
FAM menegaskan bahawa tiada sebarang bukti yang menyokong dakwaan ini telah dikemukakan oleh FIFA. Segala dokumentasi dan penyerahan berkaitan kelayakan pemain telah disediakan, disahkan dan diuruskan sepenuhnya oleh FAM mengikut prosedur yang ditetapkan,” jelas kenyataan itu.
Sebelum ini, FIFA mengeluarkan laporan rasmi yang mendedahkan asal usul sebenar tujuh pemain warisan negara yang digantung kerana didakwa melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berkaitan pemalsuan dan pengubahan dokumen rasmi.
FAM bagaimanapun menegaskan bahawa semua pemain terbabit bertindak dengan niat baik dan bergantung sepenuhnya kepada proses pengesahan serta pendaftaran yang dikendalikan oleh FAM.
“FAM berpendapat bahawa penggambaran ini tidak tepat serta tidak adil, dan perkara ini akan dibangkitkan secara menyeluruh melalui proses rayuan rasmi,” tegas kenyataan itu lagi.
Tambah FAM, pihaknya kekal komited mempertahankan kepentingan bola sepak negara serta hak para pemain, selain memastikan proses rayuan dijalankan dengan telus dan mengikut peraturan yang ditetapkan.
Dalam masa sama, FAM menjelaskan bahawa kes ini turut melibatkan prosedur rasmi kerajaan Malaysia berhubung pengeluaran dan pengesahan pasport.
“Selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Pasport 1966, sebarang pendedahan berkaitan bahan atau proses tersebut tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali. Justeru, FAM terikat secara undang-undang untuk mengekalkan kerahsiaan terhadap elemen-elemen tersebut,” katanya.
Menurut FAM, semua maklumat berkaitan hanya akan dikongsi dengan pihak FIFA bagi tujuan penyelesaian kes berkenaan.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 6:33 pm
Sukan SEA: Miki Ghazali tumpaskan Thailand, hadiahkan emas buat negara acara Muay Thai 57kg
December 17, 2025, 1:31 pm
FIFA isytihar Malaysia kalah 3-0 dalam tiga perlawanan antarabangsa tier 1
December 15, 2025, 10:42 am
Media Thailand terkejut dominasi sepak takraw regu berpasukan berakhir, Malaysia raih emas bersejarah
December 15, 2025, 10:29 am
Kem badminton negara masih perlukan Rexy Mainaky – Tengku Zafrul
December 13, 2025, 11:45 am
Ketiadaan Figueiredo jejaskan jentera serangan JDT jelang final Piala FA
December 10, 2025, 2:01 pm
Kemboja tarik diri daripada Sukan SEA susulan konflik dengan Thailand
December 10, 2025, 11:38 am
Xisco bangga prestasi JDT walau terikat tanpa jaringan dengan Shanghai Port FC
December 8, 2025, 8:24 pm
JDT sedia buat Shanghai Port ‘merana’ di SSI
December 2, 2025, 9:30 am
FIFPro kecam hukuman FIFA terhadap tujuh pemain warisan, anggap terlalu keterlaluan
December 1, 2025, 11:49 am
