Berita Sukan
FAM perlu jelaskan isu pendedahan FIFA segera – Hannah Yeoh
KUALA LUMPUR 7 Okt – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan bahawa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak boleh terus berdiam diri susulan pendedahan penuh dokumen penghakiman yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini.
Menurut Hannah, FAM perlu segera memberikan penjelasan serta mengemukakan rayuan rasmi bagi mempertahankan kedudukan dan reputasi bola sepak negara di peringkat antarabangsa, selepas laporan FIFA mendakwa wujud unsur pemalsuan dan pengubahan dokumen rasmi melibatkan tujuh pemain warisan negara.
“Saya telah membaca Alasan Penghakiman FIFA. FAM perlu segera melengkapkan proses rayuan dengan mengumumkan hasrat untuk merayu serta memfailkannya.
“FAM tidak boleh berdiam diri dan mesti menjawab secara jelas tentang segala pendedahan yang dibuat oleh FIFA. Penyokong bola sepak tanah air berasa terluka, marah dan kecewa,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook miliknya pada Selasa.
Dalam masa sama, Hannah turut mengingatkan agar tumpuan tidak beralih daripada skuad Harimau Malaya yang bakal berdepan Laos minggu ini dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027.
“Kita juga tidak boleh melupakan pasukan Harimau Malaya yang akan menentang Laos minggu ini. Kepada pemain Malaysia, kami sentiasa bersama anda,” ujarnya.
Sebelum ini, FIFA mendedahkan laporan penuh penghakiman yang menyentuh asal usul sebenar tujuh pemain warisan negara yang digantung kerana melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berhubung isu pemalsuan dan pengubahan dokumen rasmi.
Menurut laporan itu, FIFA mendapati tujuh pemain terbabit tidak mempunyai pertalian darah dengan Malaysia seperti yang dinyatakan dalam dokumen kelayakan mereka.
Namun, FAM menegaskan bahawa gambaran yang diberikan FIFA adalah tidak tepat dan tidak adil. Dalam kenyataan rasmi pada Selasa, FAM memaklumkan telah menerima dokumen penuh penghakiman daripada FIFA dan akan segera mengemukakan rayuan rasmi melalui saluran undang-undang yang ditetapkan.
“FAM memandang serius beberapa kesimpulan, khususnya dakwaan bahawa para pemain memperoleh dokumen yang dipalsukan atau dengan sengaja berusaha untuk mengelakkan peraturan kelayakan.
“FAM menegaskan bahawa tiada sebarang bukti yang menyokong dakwaan ini telah dikemukakan oleh FIFA. Segala dokumentasi dan penyerahan berkaitan kelayakan pemain telah disediakan, disahkan dan diuruskan sepenuhnya oleh FAM mengikut prosedur yang ditetapkan,” jelas kenyataan itu.
Berita berkaitan
April 23, 2026, 5:19 pm
Harga tiket Final Piala Malaysia kekal, serendah RM50
April 14, 2026, 2:23 pm
Kerajaan peruntuk RM3 juta perkukuh pembangunan sukan sepak takraw negara
March 31, 2026, 11:56 am
Gaji tidak dibayar, legenda import bola sepak Kedah terpaksa mengemis di sosial media
March 25, 2026, 7:21 pm
JDT diundi laluan sukar, berpotensi bertemu juara bertahan
March 25, 2026, 9:36 am
AFC denda JDT RM24,172
March 19, 2026, 11:19 am
JDT buru musim tanpa kalah selepas belasah PDRM FC 7-0
March 18, 2026, 9:45 am
JDT di landasan pecah rekod dunia kejuaraan liga
March 13, 2026, 10:21 am
JDT raih kira-kira RM8.5 juta selepas mara suku akhir ACLE
March 9, 2026, 10:25 am
