Berita Berita
Kerajaan peruntuk RM1 bilion bagi perluas Ikhtiar Madani Untuk Rakyat

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion bagi memperhebat pelaksanaan Ikhtiar Madani Untuk Rakyat tahun depan, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, hasil penjimatan yang dicapai kerajaan membolehkan inisiatif itu diteruskan, selain pelaksanaan Sejati Madani, iaitu program di bawah Jawatankuasa Kampung yang membolehkan penduduk menjalankan aktiviti ekonomi dengan dana sehingga RM100,000.
“Sejak 2024, lebih 9,500 aktiviti menjana pendapatan komuniti telah dilaksanakan. Antaranya, Kampung Sungai Protan di Perak menjana RM90,000 sebulan melalui projek kolam memancing, manakala Kampung Sungai Gulang-Gulang di Selangor memperoleh RM25,000 sebulan hasil projek semaian benih kelapa SGG CN16.
“Kampung Hiliran Jejawi di Terengganu pula menghasilkan santan, kelapa parut dan kerisik dengan pendapatan RM40,000 sebulan, manakala Kampung Abi di Perlis memperoleh RM15,000 sebulan melalui perniagaan ketupat palas dan makanan sejuk beku,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Berita berkaitan
October 10, 2025, 6:25 pm
Belanjawan 2026: HRD Corp terajui latihan TVET bernilai RM3 bilion
October 10, 2025, 6:03 pm
Penjawat awam gred 56 ke bawah terima RM500 Bantuan Khas Kewangan, pesara dapat RM250
October 10, 2025, 5:59 pm
9 juta penerima STR bakal terima bantuan tambahan sehingga RM1,200 setahun melalui SARA
October 10, 2025, 5:43 pm
Diskaun tol 50 peratus dua hari sempena Deepavali – Anwar
October 10, 2025, 5:36 pm
STR Fasa 4 diawalkan, dibayar mulai 18 Oktober – Anwar
October 10, 2025, 5:12 pm
Semua negeri dapat manfaat RMK13 – Anwar
October 10, 2025, 5:02 pm
DBKL peruntuk RM500 juta naik taraf kemudahan penjaja dan PPR
October 10, 2025, 4:56 pm
Kerajaan kutip RM15.5 bilion hasil rampasan dan penalti sejak 2024
October 10, 2025, 4:36 pm