TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

STR Fasa 4 diawalkan, dibayar mulai 18 Oktober – Anwar

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 tahun 2025 yang sepatutnya dijadualkan pada November ini akan diawalkan kepada 18 Oktober, umum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pembayaran berjumlah RM2 bilion itu diawalkan bersempena sambutan Deepavali yang bakal tiba tidak lama lagi.

Dalam masa sama, kerajaan turut meluluskan diskaun tol 50 peratus selama dua hari sempena perayaan tersebut.

“Tahun ini, kerajaan menyediakan RM13 bilion bagi STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memanfaatkan hampir 9 juta penerima. Bagi STR, bayaran sehingga Fasa 3 telah dibuat berjumlah RM6 bilion,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

+ - reset