Berita Berita
DBKL peruntuk RM500 juta naik taraf kemudahan penjaja dan PPR

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memanfaatkan dana dalaman berjumlah RM500 juta bagi menaik taraf kemudahan penjaja serta kemudahan rakyat di ibu kota.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, RM200 juta daripada jumlah itu diperuntukkan untuk membangunkan semula pusat penjaja, pasar dan medan selera usang, manakala RM300 juta lagi bagi penyelenggaraan bangunan, sistem pendawaian dan kemudahan jalan di Projek Perumahan Rakyat (PPR).
“Saya telah arahkan DBKL segera membaiki semua kerosakan lif di rumah rakyat sebelum akhir tahun ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.
Selain itu, kerajaan turut memperuntukkan RM60 juta untuk pembinaan dan baik pulih pasar awam di semua pihak berkuasa tempatan (PBT), serta hampir RM50 juta bagi menaik taraf 363 premis perniagaan MARA di seluruh negara, memanfaatkan lebih 7,000 usahawan.
Berita berkaitan
October 10, 2025, 6:25 pm
Belanjawan 2026: HRD Corp terajui latihan TVET bernilai RM3 bilion
October 10, 2025, 6:03 pm
Penjawat awam gred 56 ke bawah terima RM500 Bantuan Khas Kewangan, pesara dapat RM250
October 10, 2025, 5:59 pm
9 juta penerima STR bakal terima bantuan tambahan sehingga RM1,200 setahun melalui SARA
October 10, 2025, 5:43 pm
Diskaun tol 50 peratus dua hari sempena Deepavali – Anwar
October 10, 2025, 5:36 pm
STR Fasa 4 diawalkan, dibayar mulai 18 Oktober – Anwar
October 10, 2025, 5:12 pm
Semua negeri dapat manfaat RMK13 – Anwar
October 10, 2025, 4:56 pm
Kerajaan kutip RM15.5 bilion hasil rampasan dan penalti sejak 2024
October 10, 2025, 4:51 pm
Kerajaan peruntuk RM1 bilion bagi perluas Ikhtiar Madani Untuk Rakyat
October 10, 2025, 4:36 pm