TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerajaan kutip RM15.5 bilion hasil rampasan dan penalti sejak 2024

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Kerajaan berjaya mengutip RM15.5 bilion dalam tempoh dua tahun hasil tindakan rampasan dan kutipan penalti oleh pelbagai agensi penguat kuasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, pencapaian itu membuktikan keberkesanan tatakelola baik di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI, yang menekankan ketelusan dan integriti dalam tadbir urus.

“Badan penguat kuasa seperti SPRM, PDRM, KPDN, JKDM dan MyCC telah berjaya memperoleh hasil rampasan serta penalti berjumlah hampir RM15.5 bilion. Bayangkan wang yang diseleweng dan dirompak kini dapat dikembalikan dalam tempoh hanya dua tahun,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, bagi memperkukuh usaha ini, kerajaan akan menambah peruntukan lebih RM700 juta tahun depan bagi meningkatkan keupayaan SPRM, PDRM, KPDN, JKDM dan MyCC termasuk dari segi latihan serta perolehan aset baharu.

+ - reset