TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Penjawat awam gred 56 ke bawah terima RM500 Bantuan Khas Kewangan, pesara dapat RM250

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Penjawat awam gred 56 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak, bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 seorang, yang akan disalurkan pada awal Mac 2026 sempena Aidilfitri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2026, turut mengumumkan bahawa pesara kerajaan serta veteran berpencen dan tidak berpencen akan menerima RM250 seorang.

Selain itu, guru KAFA, imam, bilal, tok siak, noja, marbut serta guru takmir turut mendapat sumbangan khas RM500, membabitkan peruntukan RM35 juta bagi menghargai khidmat mereka kepada masyarakat. 

+ - reset