Berita Berita
Semua negeri dapat manfaat RMK13 – Anwar

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Kerajaan Persekutuan akan mengambil kira permohonan dan keutamaan projek yang dikemukakan oleh kerajaan negeri dalam penyediaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, lawatan dan pertemuan bersama kepemimpinan negeri telah diadakan bagi memahami keperluan serta keutamaan pembangunan di setiap negeri.
“Sebagai contoh, Pulau Pinang memohon pelaksanaan Projek Penyuraian Trafik PLUS dari Tol Juru ke Tol Sungai Dua, pembinaan underpass Jalan Mount Erskine ke Jalan Burma, serta naik taraf Kompleks Sukan Bertam.
“Di Johor pula terdapat cadangan naik taraf Lebuhraya Senai-Desaru Fasa 2A dan pembinaan jalan baharu dari Kluang ke Layang-Layang. Manakala di Perak, projek dicadang termasuk pembinaan persimpangan PLUS di Kerian dan naik taraf Laluan FT100 ke Pelabuhan Lumut,” katanya.
Anwar turut memaklumkan antara projek dicadang di negeri lain termasuk Takungan Air Pinggiran Sungai Karangan dan Pembangunan Kuala Kedah Waterfront di Kedah, Sistem Saliran Bandar Baru Tunjong di Kelantan, serta projek pengawalan hakisan Pantai Rusila dan pembinaan jalan baharu di Kuala Terengganu.
Beliau menegaskan, semua permohonan berkenaan akan diteliti dengan teliti supaya perancangan RMK13 memberi manfaat seimbang kepada semua negeri di seluruh negara.
Berita berkaitan
October 10, 2025, 6:25 pm
Belanjawan 2026: HRD Corp terajui latihan TVET bernilai RM3 bilion
October 10, 2025, 6:03 pm
Penjawat awam gred 56 ke bawah terima RM500 Bantuan Khas Kewangan, pesara dapat RM250
October 10, 2025, 5:59 pm
9 juta penerima STR bakal terima bantuan tambahan sehingga RM1,200 setahun melalui SARA
October 10, 2025, 5:43 pm
Diskaun tol 50 peratus dua hari sempena Deepavali – Anwar
October 10, 2025, 5:36 pm
STR Fasa 4 diawalkan, dibayar mulai 18 Oktober – Anwar
October 10, 2025, 5:02 pm
DBKL peruntuk RM500 juta naik taraf kemudahan penjaja dan PPR
October 10, 2025, 4:56 pm
Kerajaan kutip RM15.5 bilion hasil rampasan dan penalti sejak 2024
October 10, 2025, 4:51 pm
Kerajaan peruntuk RM1 bilion bagi perluas Ikhtiar Madani Untuk Rakyat
October 10, 2025, 4:36 pm