Berita Dunia
AS kenakan tarif 100 peratus ke atas import China mulai 1 November — Trump
WASHINGTON, 11 Okt — Amerika Syarikat (AS) akan mengenakan tarif baharu sebanyak 100 peratus ke atas semua import dari China bermula 1 November ini, selain menghadkan eksport teknologi kritikal negara itu, umum Presiden Donald Trump dalam satu hantaran di platform media sosial Truth Social.
Trump berkata langkah drastik itu diambil sebagai tindak balas terhadap dasar perdagangan semasa Beijing, yang menurutnya tidak adil kepada AS.
“Bermula 1 November 2025 (atau lebih awal bergantung kepada tindakan China), AS akan mengenakan tarif 100 peratus ke atas semua import dari China, selain daripada tarif sedia ada.
“Pada tarikh sama, kami juga akan mengenakan kawalan eksport ke atas semua perisian kritikal,” tulisnya.
Kenyataan itu dikeluarkan ketika ketegangan perdagangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu kembali memuncak selepas beberapa bulan reda.
Semalam, Trump turut mempertikai sama ada pertemuannya dengan Presiden China, Xi Jinping, yang dijadualkan berlangsung di Korea Selatan pada hujung bulan ini, akan diteruskan seperti dirancang.
Pertemuan itu sepatutnya diadakan di luar Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang dijadual bermula penghujung Oktober.
Sebelum ini, pertikaian tarif antara AS dan China mencapai kemuncak pada awal tahun apabila kedua-dua negara saling mengenakan caj tambahan melebihi 100 peratus terhadap import masing-masing.
Pada Khamis lalu, China pula mengumumkan peluasan sekatan eksport ke atas unsur nadir bumi, komponen penting dalam industri pertahanan dan teknologi AS.
Beijing sebelum ini mengehadkan eksport beberapa jenis unsur nadir bumi dan produk magnet sejak April lalu di tengah-tengah ketegangan perdagangan yang semakin meruncing. - Bernama-dpa
Berita berkaitan
June 11, 2026, 10:47 am
Iran umum Selat Hormuz ditutup sepenuhnya selepas serangan baharu AS
June 10, 2026, 9:44 pm
Kontraktor Colombia didakwa terlibat sokong RSF dalam konflik Sudan - HRW
June 10, 2026, 6:26 pm
Harga runcit petrol RON95, diesel tanpa subsidi dikekalkan bagi tempoh 11 hingga 17 Jun 2026
June 5, 2026, 2:48 pm
Brunei rombak kabinet, Putera Abdul Mateen dilantik Menteri Hal Ehwal Luar
June 4, 2026, 8:56 am
Korban wabak campak di Bangladesh cecah 601 nyawa, lebih 83,000 kes direkodkan
May 18, 2026, 5:19 pm
