Berita Dunia
Trump pertimbang arah Israel serang semula Gaza jika Hamas langgar gencatan senjata
WASHINGTON 16 Okt - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan beliau akan mempertimbangkan untuk membenarkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyambung semula pencerobohan ke atas Gazasekiranya Hamas melanggar perjanjian gencatan senjata, lapor CNN.
Trump berkata, tentera Israel boleh kembali ke jalanan Gaza sebaik sahaja beliau memberikan kebenaran.
“Apa yang berlaku dengan Hamas, itu akan diselesaikan dengan cepat,” katanya dalam satu panggilan telefon ringkas.
Kenyataan itu dibuat ketika Israel menuduh Hamas gagal mematuhi syarat perjanjian dengan tidak menyerahkan semua tebusan — sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia — seperti yang ditetapkan dalam usaha menamatkan perang di Gaza.
Tuduhan tersebut timbul selepas jumlah mayat tebusan yang diserahkan oleh Hamas didapati terlalu sedikit.
Dalam butiran pelan damai 20 perkara Trump, perkara keempat menyebut:
“Dalam masa 72 jam selepas Israel menerima perjanjian ini secara terbuka, semua tebusan hidup dan mati akan dikembalikan.”
Setakat pagi semalam (waktu tempatan), semua 20 tebusan Israel yang masih hidup telah dikembalikan, manakala Hamas turut menyerahkan lapan mayat, termasuk empat pada malam sebelumnya.
Namun, tentera Rejim Zionis memaklumkan bahawa salah satu mayat berkenaan bukan tebusan Israel.
Sementara itu, dua penasihat kanan Amerika Syarikat berkata Washington tidak percaya Hamas melanggar komitmen perjanjian gencatan senjata, walaupun gagal menyerahkan semua mayat bekas tebusan.
Mereka menjelaskan bahawa AS menerima jaminan daripada Hamas melalui pengantara pihak ketiga bahawa kumpulan itu sedang berusaha mencari dan mengembalikan baki mayat yang masih belum ditemui.
Washington juga dilaporkan bekerjasama melalui saluran pengantara untuk menyediakan bantuan risikan dan logistik bagi mengesan mayat yang dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan dan serpihan di Gaza. — AGENSI
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:11 pm
Trump larang warga Palestin masuk AS
December 15, 2025, 8:32 pm
Ibu bapa doa keselamatan lelaki disanjung wira insiden tembakan Pantai Bondi
December 15, 2025, 9:16 am
Serangan tembakan Pantai Bondi: Polis sahkan bapa, anak dalang,16 terkorban
December 9, 2025, 12:53 pm
Kemboja balas serangan, pertempuran dengan Thailand semakin tegang
December 1, 2025, 10:02 pm
Afrika lancar suntikan cegah HIV pertama
November 28, 2025, 8:16 pm
Penduduk Hatyai ambil barang tanpa bayar selepas banjir cetus perdebatan
November 28, 2025, 1:38 pm
Terpaksa tambah peti mayat, 105 mayat ditemui dalam tempoh lima hari banjir landa Hatyai
November 28, 2025, 9:39 am
Korban kebakaran terburuk di Hong Kong cecah 94 orang
November 27, 2025, 10:09 am
