Berita Hiburan
Uqasha Senrose fail cerai, rumah tangga didakwa bergolak sejak April
KUALA LUMPUR, 22 Okt - Pelakon popular, Uqasha Senrose dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, yang juga pelakon terkenal Kamal Adli, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.
Difahamkan, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, dijangka hadir ke mahkamah hari ini bagi prosiding sebutan pertama kes perceraian berkenaan.
Menurut sumber terdekat yang dipetik Utusan Malaysia, rumah tangga pasangan selebriti itu mula bergolak sejak April lalu, namun punca perbalahan bukan disebabkan orang ketiga.
Pasangan berkenaan dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung, dengan Uqasha kini menetap di rumah ibunya.
Sebelum ini, beberapa hantaran di media sosial milik Uqasha yang berbaur luahan hati mencetuskan persoalan dalam kalangan peminat dan netizen, yang mengaitkannya dengan keadaan rumah tangganya.
Bagaimanapun, ketika ditemui media pada program MeleTOP malam tadi, Uqasha memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
Untuk rekod, Uqasha dan Kamal Adli disatukan sebagai suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis pernikahan di Janda Baik, Pahang. Pasangan itu turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.
Berita berkaitan
January 27, 2026, 12:33 pm
Nora Ariffin tarik balik tuntutan cerai, pilih teruskan perkahwinan
January 23, 2026, 9:15 am
Fazura umum bersara daripada drama televisyen tempatan
January 20, 2026, 10:22 am
Brooklyn Beckham putus hubungan dengan keluarga, dakwa membesar dalam pembohongan
January 14, 2026, 2:42 pm
Filem ‘Ozora’ angkat kisah benar penganiayaan David Ozora di Jakarta
December 28, 2025, 4:39 pm
Rasa seperti renjatan elektrik di dada ketika latihan - Remy Ishak
December 18, 2025, 11:58 am
Kamal Adli tetap pertahankan rumah tangga, enggan buat kenyataan di luar mahkamah
December 12, 2025, 11:22 am
Sissy Imann sah bergelar isteri Dr Zamir Hilman dalam majlis akad nikah di Putrajaya
December 2, 2025, 6:30 pm
(VIDEO) Erra Fazira bakal berkahwin dengan Ezwan Zain pada 12 Disember
November 26, 2025, 2:43 pm
Dr Fie menang hak jagaan tetap tiga anak, syukur Nubhan beri kerjasama
November 25, 2025, 10:34 pm
