Berita Dunia
Israel dilanda wabak maut terburuk, catat 5,000 kes dengan 8 kematian
TEL AVIV 28 Okt - Israel kini berdepan wabak campak yang semakin membimbangkan selepas lapan bayi disahkan meninggal dunia, sekali gus mencetuskan kebimbangan serius terhadap sistem kesihatan negara itu.
Menurut laporan media tempatan berbahasa Ibrani, pihak berkuasa kesihatan sedang berusaha mengekang penularan virus yang sangat mudah berjangkit itu, namun wabak telah pun merebak ke sembilan kawasan penempatan di seluruh negara.
Pada Ahad, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan campak selepas sepuluh hari dirawat dalam keadaan kritikal di Pusat Perubatan Universiti Hadassah, Ein Kerem.
Kematian itu merupakan kes kelapan sejak wabak bermula pada April lalu.
Menurut Kementerian Kesihatan Israel, kesemua lapan kanak-kanak yang maut tidak pernah menerima suntikan vaksin campak dan berumur di bawah dua tahun setengah.
Gelombang jangkitan pada awalnya dilaporkan tertumpu di kawasan berkadar vaksinasi rendah seperti Jerusalem, Beit Shemesh dan Bnei Brak, namun kini merebak dengan ketara ke kawasan lain di seluruh Israel.
Data rasmi menunjukkan lebih 1,700 kes campak telah dikenal pasti, namun pakar kesihatan percaya jumlah sebenar mungkin mencecah sekitar 5,000 kes.
“Kami tahu penyakit ini kurang didiagnosis, dan terdapat beberapa ribu pesakit tambahan yang menghidapnya,” kata pakar epidemiologi Israel, Alroy-Preis.
Wabak tersebut turut memberikan tekanan besar terhadap sistem kesihatan Israel, dengan 468 pesakit kini memerlukan rawatan hospital, dan 93 peratus daripada mereka adalah kanak-kanak. – AGENSI
Berita berkaitan
June 11, 2026, 10:47 am
Iran umum Selat Hormuz ditutup sepenuhnya selepas serangan baharu AS
June 10, 2026, 9:44 pm
Kontraktor Colombia didakwa terlibat sokong RSF dalam konflik Sudan - HRW
June 10, 2026, 6:26 pm
Harga runcit petrol RON95, diesel tanpa subsidi dikekalkan bagi tempoh 11 hingga 17 Jun 2026
June 5, 2026, 2:48 pm
Brunei rombak kabinet, Putera Abdul Mateen dilantik Menteri Hal Ehwal Luar
June 4, 2026, 8:56 am
Korban wabak campak di Bangladesh cecah 601 nyawa, lebih 83,000 kes direkodkan
May 18, 2026, 5:19 pm
