Berita Hiburan
Peguam Uqasha tarik diri, prosiding cerai ditangguh 19 November
KUALA LUMPUR 28 Okt – Prosiding kes perceraian antara pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan ditangguhkan ke 19 November depan, selepas peguam yang mewakili Uqasha menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan.
Peguam Syarie yang mewakili Kamal, Abdul Hadi Mohd Salleh, berkata prosiding hari ini hanya melibatkan sebutan di sebelah pihak defendan memandangkan tiada wakil peguam hadir bagi pihak plaintif.
“Hari ini kita dikejutkan dengan situasi apabila peguam yang mewakili Uqasha sebelum ini menarik diri.
“Jadi sebutan dijalankan di sebelah pihak Kamal sahaja kerana tiada peguam baharu yang hadir bagi pihak plaintif.
“Hakim kemudian memberi peluang dan amaran sekali lagi kepada Uqasha supaya hadir bersama peguamnya pada tarikh akan datang untuk meneruskan kes atau sebaliknya,” katanya kepada media selepas prosiding.
Susulan itu, Hakim Syarie Siti Noraini Mod Ali menetapkan 19 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes perceraian pasangan berkenaan.
Difahamkan, Uqasha tiba di mahkamah kira-kira sejam lewat daripada masa yang ditetapkan, ditemani pasukan peguam baharu serta seorang individu dikenali sebagai Coach Cerai.
Bagaimanapun, prosiding telah selesai sebelum ketibaannya.
Pada prosiding terdahulu, mahkamah menetapkan hari ini bagi sebutan semula selepas Kamal tidak hadir pada tarikh sebelumnya.
Terdahulu, rumah tangga pasangan selebriti itu dilaporkan mula bergolak sejak April lalu, dan difahamkan Uqasha kini tidak lagi tinggal sebumbung dengan Kamal, sebaliknya menetap di kediaman ibunya.
Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan hasil perkahwinan itu pasangan berkenaan dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira, berusia 18 bulan.
Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu, dengan prosiding pertama berlangsung pada 22 Oktober sebelum disambung semula pagi tadi.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
