Berita Dunia
Katy Perry, Justin Trudeau sahkan hubungan cinta secara terbuka di Paris
PARIS 28 Okt– Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Katy Perry, dan bekas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, akhirnya mengesahkan hubungan cinta mereka selepas beberapa kali dilihat bersama dalam pelbagai acara termasuk insiden tular di atas kapal layar baru-baru ini.
Pasangan berprofil tinggi itu membuat penampilan rasmi bersama pada 25 Oktober lalu di kelab malam terkenal Paris, Crazy Horse, sempena sambutan ulang tahun kelahiran Perry yang ke-41.
Dalam video yang dirakam portal hiburan TMZ, Perry dan Trudeau dilihat berpegangan tangan dan tersenyum mesra ketika tiba di lokasi berkenaan.
Kemunculan mereka di ibu kota Perancis itu berlaku beberapa minggu selepas kedua-duanya dirakam berpelukan di atas kapal layar di perairan Santa Barbara, Amerika Syarikat.
Khabar mengenai hubungan antara penyanyi lagu California Gurls itu dan Trudeau mula tersebar pada Julai 2024 selepas mereka dilihat menjamu selera serta berjalan bersama seekor anjing di Kanada.
Sebelum ini, Perry menjalin hubungan jangka panjang dengan pelakon British, Orlando Bloom, dan mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun, Daisy. Namun, pasangan itu berpisah pada Julai lalu selepas beberapa kali menangguhkan rancangan perkahwinan mereka.
Sementara itu, Trudeau sebelum ini berkahwin dengan bekas pengacara televisyen, Sophie Grégoire, namun bercerai secara rasmi pada 2023 selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 10:47 am
Iran umum Selat Hormuz ditutup sepenuhnya selepas serangan baharu AS
June 10, 2026, 9:44 pm
Kontraktor Colombia didakwa terlibat sokong RSF dalam konflik Sudan - HRW
June 10, 2026, 6:26 pm
Harga runcit petrol RON95, diesel tanpa subsidi dikekalkan bagi tempoh 11 hingga 17 Jun 2026
June 5, 2026, 2:48 pm
Brunei rombak kabinet, Putera Abdul Mateen dilantik Menteri Hal Ehwal Luar
June 4, 2026, 8:56 am
Korban wabak campak di Bangladesh cecah 601 nyawa, lebih 83,000 kes direkodkan
May 18, 2026, 5:19 pm
