Berita Hiburan
Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai temui penonton 20 November ini
KUALA LUMPUR 28 Okt. – Selepas tiga tahun kejayaan filem Menjelang Magrib (2022), syarikat produksi Helroad Films kembali dengan kesinambungan baharu berjudul Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai.
Penerbitnya, Helfi Kardit, berkata filem kali ini masih mengekalkan tema utama berkaitan wanita yang dipasung, satu isu sosial yang pernah beliau saksikan sendiri ketika tinggal di sebuah daerah di Sumatera.
“Untuk filem kedua ini, saya masih konsisten dengan tema utama iaitu pasung. Meskipun ia akan dihasilkan dalam beberapa siri lagi, temanya tetap sama kerana ia dekat dengan pengalaman peribadi saya melihat sendiri seseorang yang dipasung di rumah khas untuk rawatan,” katanya.
Menurut Helfi, Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai menyorot amalan pasung yang dipercayai secara turun-temurun sebagai kaedah rawatan untuk mengubati gangguan mental.
Filem ini menampilkan barisan pelakon popular seperti Aditya Zoni, Ajeng Fauziah, Muthia Datau, Aisha Kastolan, dan Aurelia Lourdes.
Menariknya, katanya, naskhah terbaharu itu bukanlah sambungan terus daripada filem pertama, sebaliknya merupakan kisah spin-off dengan jalan cerita baharu yang lebih gelap dan menyeramkan.
“Kisah kali ini bukan hanya seram semata-mata, tetapi turut mengangkat isu budaya, unsur mistik dan tahayul yang bertentangan dengan pengetahuan moden dan sains.
“Latar ceritanya juga unik, iaitu pada tahun 1920 ketika Indonesia masih di bawah penjajahan Belanda atau dikenali sebagai Hindia Belanda,” jelasnya.
Tambah Helfi, filem tersebut mula ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia pada 4 September lalu dan mendapat sambutan positif dengan jumlah penonton yang tinggi.
“Semasa Menjelang Magrib ditayangkan di Malaysia tiga tahun lalu, ia mendapat sambutan hangat dengan kutipan hampir RM2 juta.
“Jadi, saya berharap filem kedua ini juga akan menerima sambutan baik daripada penonton Malaysia,” katanya.
Filem Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 20 November 2025.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
