Berita Sukan
Wan Rohaimi puas hati prestasi Penang FC walau tewas kepada JDT
JOHOR BAHRU 29 Okt. – Pengendali Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail, tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya biarpun tersingkir daripada saingan Piala FA musim ini selepas tewas 0-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), sekali gus kalah dengan agregat 1-5.
Menurutnya, kesemua pemain menunjukkan peningkatan dari segi taktikal ketika menentang juara bertahan itu walaupun berdepan cabaran sukar di tempat lawan.
“Kami bermula agak baik, tapi selepas minit ke-30, fokus pemain sedikit hilang dan kami dihukum dengan tiga jaringan mudah dalam tempoh kira-kira lima minit. Untuk bangkit semula selepas itu memang agak sukar,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan.
Bagaimanapun, jelas Wan Rohaimi, pemain kembali fokus pada separuh masa kedua dan berjaya menunjukkan semangat juang tinggi menentang pasukan pilihan utama kejohanan itu.
“Semua tahu JDT berada di tahap yang berbeza. Bukan mudah untuk mana-mana pasukan datang ke sini dan menewaskan mereka. Tetapi kami tidak datang untuk menyerah kalah — kami bermain, kami bersaing, dan saya gembira dengan cara pemain bertindak,” katanya.
Beliau turut memuji prestasi pertahanan muda Adib Raop yang berjaya mengawal pergerakan bintang JDT, Arif Aiman Hanapi, sepanjang permainan.
“Saya sangat berpuas hati dengan prestasi Adib. Bukan mudah berdepan pemain seperti Arif. Kita nampak Arif tidak boleh bergerak bebas malam ini kerana pemain saya berjaya menutup ruang dan tidak memberi masa kepada lawan,” jelasnya.
Tambah Wan Rohaimi, walaupun keputusan tidak memihak kepada Penang FC, beliau tetap positif dengan graf peningkatan pasukan yang semakin baik dalam beberapa perlawanan terakhir.
“Kita tewas kepada pasukan yang hebat, tetapi dari segi prestasi, saya sangat gembira kerana pasukan menunjukkan peningkatan.
“Cuma saya sedikit kecewa dengan gol kedua JDT — bola sudah keluar, tetapi penjaga garisan tidak nampak. Apa pun, saya tidak pertikaikan keputusan itu kerana manusia tetap manusia, kesilapan boleh berlaku,” katanya.
Berita berkaitan
July 29, 2026, 11:20 am
Selangor pesta gol benam Ratchaburi
July 29, 2026, 10:17 am
Jaringan roket 'debut' Wan Kuzain bawa Malaysia ungguli Kumpulan B
July 27, 2026, 7:26 pm
Mohamad Aniq dapat habuan kerajaan Johor susulan emas Sukan Komanwel
July 26, 2026, 8:18 pm
Malaysia sah hos GP Bahrain Formula 1 di Litar Sepang
July 25, 2026, 8:51 pm
Piala Hyundai ASEAN: Harimau Malaya bangkit tumbangkan Myanmar
July 25, 2026, 9:55 am
Piala Hyundai ASEAN: Tiada istilah pemain lapisan kedua - Tan Cheng Hoe
July 25, 2026, 9:50 am
PM ucap tahniah lepas Aliff juara dunia pertama Malaysia di ONE Championship
July 24, 2026, 10:15 am
Jojo tolak tawaran RM100 ribu demi pertahan maruah, dedah taktik 'marketing' sampah Bob T20
July 23, 2026, 4:34 pm
