Berita Berita
41 kes kemalangan maut akibat pemandu mabuk direkod sejak 2022 – Anthony Loke
KUALA LUMPUR 31 Okt. – Sebanyak 41 kematian akibat kemalangan jalan raya melibatkan pemandu berada di bawah pengaruh alkohol direkodkan sejak tahun 2022 hingga Jun 2025.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata jumlah itu merupakan sebahagian daripada 22,104 kes kematian jalan raya yang berlaku sepanjang tempoh berkenaan.
Menurut beliau, statistik menunjukkan dua kes kemalangan maut akibat pemandu mabuk dicatat antara Januari hingga Jun tahun ini.
Anthony Loke turut memaklumkan pecahan kes tahunan melibatkan pemandu di bawah pengaruh alkohol:
-
2022: 14 kes
-
2023: 13 kes
-
2024: 12 kes
“Kesalahan berkaitan pemandu di bawah pengaruh alkohol diperuntukkan di bawah Seksyen 44, 45 dan 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
“Seksyen 44 melibatkan pemandu yang berada di bawah pengaruh minuman memabukkan sehingga menyebabkan kematian atau kecederaan; manakala Seksyen 45 merujuk keadaan menjaga kenderaan ketika berada di bawah pengaruh alkohol.
“Seksyen 45A pula memperuntukkan kesalahan memandu atau menjaga kenderaan dengan paras alkohol melebihi had dibenarkan,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.
Beliau menjawab soalan Wan Razali Wan Nor (PN–Kuantan) yang meminta jumlah kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk serta bilangan kes yang dikenakan hukuman sejak Januari 2022 hingga Jun 2025.
Dari segi keseluruhan kemalangan maut negara, Anthony Loke berkata:
-
2022: 6,080 kes
-
2023: 6,473 kes
-
2024: 6,464 kes
Sementara itu, jumlah kes di bawah Seksyen 44, 45 dan 45A Akta 333 yang telah dikenakan hukuman adalah:
-
2022: 2,306 kes
-
2023: 1,989 kes
-
2024: 1,589 kes
-
Jan–Jun 2025: 508 kes
Mengulas langkah pencegahan, Anthony Loke berkata pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang berkuat kuasa pada 23 Oktober 2020 telah memperkenalkan hukuman jauh lebih berat.
“Hukuman merangkumi penjara 10 hingga 20 tahun, denda RM50,000 hingga RM150,000 serta hilang kelayakan lesen memandu sehingga 20 tahun, bergantung kepada kategori kesalahan,” katanya.
Berita berkaitan
November 1, 2025, 1:15 pm
Lelaki maut tergelincir di Air Terjun Lata Kinjang
November 1, 2025, 1:01 pm
Suspek tetak abang ipar hingga putus kepala negatif dadah, direman enam hari
November 1, 2025, 11:10 am
Kebakaran hutan belukar di Salak Tinggi berjaya dipadam selepas 13 jam
November 1, 2025, 10:35 am
Restoran di tingkat atas Menara 3 Petronas terbakar
October 31, 2025, 8:50 pm
Pelajar Tingkatan Satu di Shah Alam cedera jatuh dari tingkat satu akibat putus cinta
October 31, 2025, 8:35 pm
'Interaksi media perlu dua hala dan adil' - Kor Ming pertahan tegur wartawan
October 31, 2025, 6:50 pm
GPMS cadang ‘hukuman rotan’ simbolik terhadap Nga Kor Ming
October 31, 2025, 6:44 pm
Kerajaan minta OMi jelaskan mekanisme verifikasi umur – Fahmi
October 31, 2025, 6:39 pm
