Berita Hiburan
Demi filem Banduan, Aaron Aziz sambut sendiri bintang Tamil, Karthi ke Malaysia
KUALA LUMPUR 3 Nov – Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz menyambut kedatangan bintang filem Tamil, Karthik Sivakumar atau lebih dikenali sebagai Karthi, yang berada di Malaysia bagi mempromosikan filem terbaharunya berjudul Banduan.
Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 48, berkata, Karthi merupakan seorang individu yang merendah diri dan amat disenanginya, selain melayan beliau dengan baik ketika penggambaran filem di Chennai tahun lalu.
“Karthi sangat humble dan mesra, dia ada bertanya tentang jumlah filem yang sudah saya bintangi. Seperti mana saya dilayan dengan baik di Chennai ketika penggambaran filem Tik Tik Tik, saya pun berikan layanan baik kepada tetamu saya kali ini,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Ketibaan pelakon kelahiran Chennai itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) turut disambut oleh wakil produksi filem Banduan, yang turut dibintangi Aaron.
Filem aksi Banduan dijadualkan tayangannya pada 6 November ini dan merupakan adaptasi tempatan kepada filem Tamil popular Kaithi yang mencetuskan fenomena di India pada 2019.
Bagi versi Malaysia, naskhah berkenaan diterbitkan oleh Dream Warrior Pictures bersama Number Twenty One Media, dengan arahan Kroll Azry.
Filem Kaithi asal lakonan Karthi mengisahkan seorang banduan yang membantu pihak polis menumpaskan sindiket dadah dalam misi berbahaya ketika dalam perjalanan bertemu anak perempuannya.
Versi tempatan Banduan pula menampilkan pelakon hebat tanah air termasuk Datuk Rosyam Nor, Datuk Afdlin Shauki, Husyairi Hussain, Fadhli Masoot dan Abi Madyan.
Karthi dijadualkan berada di Malaysia selama dua hari bagi menjayakan siri promosi Banduan, termasuk menghadiri sidang media dan bertemu para peminat.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
