Berita Hiburan
Kebajikan anak jadi keutamaan Nubhan dan Dr Afifah, kes hadanah dibincang secara baik
SHAH ALAM 5 Nov - Penyanyi Ahmad Nubhan Ahamad atau lebih dikenali sebagai Nubhan, memfailkan tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) terhadap tiga cahaya matanya hasil perkahwinan dengan isterinya, Dr. Afifah Hidayah, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, September lalu.
Tuntutan berkenaan melibatkan dua permohonan, iaitu hadanah kekal dan interim, seperti yang dimaklumkan oleh peguam syarie mewakilinya, Mohd. Redzuan Ramli.
“Hari ini, selesai sebutan pertama tuntutan hadanah saya dengan pihak peguam mewakili Dr. Afifah bersama pihak pendaftar bagi mendapatkan satu tarikh lagi untuk kedua pihak berbincang serta cuba selesaikan secara baik.
Nubhan hari ini tak dapat hadir sebab ada urusan kerja dan dia okey untuk selesaikan secara baik dengan pihak defendan.
Insya-Allah pada masa akan datang kita harapkan ada persetujuan antara dua belah pihak. Sama-sama doakan agar segala urusan dipermudahkan selain meraikan semangat untuk sebarang perbincangan,” katanya ketika ditemui di perkarangan mahkamah, hari ini.
Menurut beliau, setakat ini tiada pertikaian antara kedua-dua pihak mengenai urusan anak-anak, malah komunikasi masih berjalan dengan baik.
“Setakat ini tidak timbul sebarang isu dalam urusan berkaitan dengan penjagaan anak dan sebagainya.
Antara yang akan dibincangkan dan ditentukan nanti seperti hak bermalam bersama dan lawatan hari raya. Kami akan bincang serta rekod sebelum dimuktamadkan.
Jadi, dalam masa terdekat ini, kami cuba bincang secara baik. Nubhan dan Afifah perlu hadir untuk rekod kalau ada persetujuan nanti,” ujarnya.
Sementara itu, peguam syarie mewakili Dr. Afifah, Puteri Ummi Kartini, berkata kedua-dua pihak kini memberi keutamaan kepada kebajikan anak-anak.
“Jadi untuk isu anak, Afifah dan Nubhan masih berkomunikasi. Mereka boleh bertolak ansur dan berkompromi.
Dari segi undang-undang, yang lebih baik dan paling layak adalah ibu cuma ada beberapa faktor lain yang menyebabkan bapa yang memfailkan tuntutan.
Sejak hari pertama, anak guam saya memang nak pastikan anak-anaknya memiliki figura seorang bapa dan ibu sebab kedua-duanya diperlukan,” jelasnya.
Mahkamah menetapkan 26 November ini bagi sebutan kedua untuk merekodkan hasil persetujuan antara kedua-dua pihak.
Terdahulu, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu mencuri perhatian ramai apabila Nubhan didakwa telah menceraikan isterinya dan memfailkan pengesahan lafaz talak di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Mahkamah menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh sebutan kes pengesahan lafaz cerai berkenaan.
Pasangan itu mempunyai tiga anak iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6; dan Afzan Nayille, 3 tahun.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
