Berita Ekonomi
BNM kekal OPR pada 2.75 peratus, dasar monetari disifatkan masih wajar
KUALA LUMPUR 11 Nov – Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada kadar 2.75 peratus.
Keputusan itu dibuat selepas BNM menurunkan kadar faedah daripada tiga peratus dalam semakan dasar monetari pada Julai lalu.
Dalam kenyataan pada Khamis, BNM menjelaskan bahawa paras OPR semasa dianggap wajar dan mampu menyokong kestabilan harga serta pertumbuhan ekonomi negara.
“Pada tahap OPR semasa, MPC berpendapat bahawa pendirian dasar monetari adalah wajar dan memberikan sokongan terhadap ekonomi dalam keadaan harga yang stabil.
“MPC akan terus memantau perkembangan semasa dan menilai imbangan risiko berhubung prospek pertumbuhan serta inflasi dalam negeri,” menurut kenyataan itu.
BNM menambah bahawa meskipun tarif global yang lebih tinggi dijangka terus memberi kesan terhadap pertumbuhan, prospek ekonomi dunia kekal disokong oleh pasaran pekerjaan yang berdaya tahan, inflasi yang semakin menurun, dasar monetari yang kurang ketat dan dasar fiskal yang pro-pertumbuhan.
Selain itu, bank pusat turut memaklumkan bahawa penyelesaian melalui pelbagai rundingan perdagangan telah membantu mengurangkan ketidakpastian global.
Berita berkaitan
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
BNM dijangka kekalkan kadar faedah 2.75 peratus sepanjang 2026
February 26, 2026, 5:29 pm
Keuntungan bersih Maybank naik 4.2 peratus kepada RM10.51 bilion pada TK2025
February 19, 2026, 2:21 pm
Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026
February 19, 2026, 12:18 pm
