Berita Berita
Suami isteri maut, bayi cedera dalam kemalangan di Kota Tinggi
KUALA LUMPUR 17 Nov. - Sepasang suami isteri maut manakala bayi mereka berusia enam bulan cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM 54.5 Jalan Sungai Rengit–Kota Tinggi, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada kira-kira 1.30 tengah hari.
Kemalangan tersebut melibatkan sebuah Perodua Myvi dipandu lelaki tempatan berusia 24 tahun, sebuah Toyota Vios berwarna hijau dipandu lelaki tempatan berusia 46 tahun, serta sebuah lori jenis Hino dipandu lelaki tempatan berusia 47 tahun.
“Pemandu dan penumpang hadapan Perodua Myvi mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Penumpang belakang iaitu bayi berusia enam bulan mengalami kecederaan di kepala dan sedang dirawat di Hospital Kota Tinggi.
“Pemandu lori mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu Toyota Vios tidak cedera,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun serta denda RM20,000 hingga RM50,000, selain hilang kelayakan memegang lesen memandu selama sekurang-kurangnya lima tahun jika disabitkan kesalahan.
Yusof menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang jalan raya demi keselamatan bersama.
Berita berkaitan
May 26, 2026, 1:46 pm
Empat hari hilang, Nur Izzati Humaira ditemukan meninggal dunia tengah hari ini
May 26, 2026, 1:30 pm
Aidiladha, cuti sekolah: Lebih 150,000 kenderaan dijangka banjiri Lebuh Raya WCE sehari
May 26, 2026, 1:09 pm
KL sasar jadi hab hiburan serantau, DBKL percepat kelulusan acara antarabangsa - Hannah
May 26, 2026, 12:25 pm
