Berita Berita
MIC tidak perlu minta maaf kepada UMNO – Puad
KUALA LUMPUR 17 Nov – MIC tidak perlu membuat permohonan maaf kepada UMNO berhubung kenyataan Presidennya, Tan Sri SA Vigneswaran.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, UMNO tidak pernah mendesak MIC berbuat demikian, malah isu Vigneswaran menuduh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai penipu bukan satu masalah kepada parti itu.
“Sebab itu MKT UMNO tidak bincang dan tidak desak MIC minta maaf.
“Lebih baik MIC minta maaf kepada masyarakat India jika rasa bersalah sehingga dihukum teruk pada PRU15,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, masalah dalaman MIC berpunca daripada segelintir pemimpin parti itu yang tidak mendapat jawatan, sedangkan ia merupakan prerogatif Perdana Menteri.
“Wakil rakyat MIC tidak ada masalah. Mereka tetap berkhidmat dengan baik.
“Ketika MIC menyertai Perikatan Nasional (PN) pada Julai 2020, parti itu tidak berbincang pun dengan UMNO. Bila MIC keluar PN pada Ogos 2020, bukan UMNO yang memaksa. UMNO tahu MIC bukan parti junior.
“Perwakilan MIC serahkan kepada pimpinan MIC untuk buat keputusan. Jangan pula jadikan sejambak bunga daripada Perdana Menteri sebagai alasan. Kalau mahu sertai Pakatan Harapan (PH), tiada yang melarang. Vigneswaran bukan ‘junior politician’, bukan budak-budak,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan bahawa MIC menegaskan parti itu tidak akan memohon maaf kepada Barisan Nasional (BN) berhubung keputusan meneroka kerjasama politik baharu atau penjajaran strategik demi kelangsungan masyarakat India.
Kenyataan Vigneswaran dalam Ucapan Dasar Presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MIC ke-79 turut memberi bayangan bahawa parti itu mungkin meninggalkan gabungan yang wujud sejak 1954 di bawah Perikatan sebelum bertukar nama kepada BN.
Berita berkaitan
November 18, 2025, 10:34 am
Lelaki Orang Asli hilang hampir seminggu di Bentong
November 18, 2025, 10:29 am
4,875 kematian jalan raya direkodkan, kerajaan tingkat penguatkuasaan dan teknologi keselamatan
November 18, 2025, 10:15 am
Perbelanjaan pengurusan banduan cecah hampir RM500 juta tahun lalu
November 18, 2025, 10:08 am
Sumber pencemaran Sungai Perak di Kampung Sungai Papan masih belum dikenal pasti
November 18, 2025, 9:57 am
135 remaja dijangkiti HIV sepanjang 2024 – KKM
November 18, 2025, 9:54 am
Siasatan semula kes kematian pelajar tahfiz bermula, 68 saksi dipanggil - Saifuddin
November 18, 2025, 9:53 am
Siasatan terperinci dilakukan terhadap insiden serangan anak Rafizi
November 18, 2025, 9:48 am
Pencarian lelaki dihanyutkan kepala air di Sungai Klang bersambung pagi ini
November 18, 2025, 9:42 am
Pemandu lori cedera dalam kemalangan di KM347.8 Lebuhraya PLUS
November 18, 2025, 9:37 am
