Berita Berita
Pemandu lori cedera dalam kemalangan di KM347.8 Lebuhraya PLUS
TANJUNG MALIM 18 Nov – Seorang pemandu lori membawa muatan makanan sejuk beku cedera selepas kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 347.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Hentian Sebelah Ladang Bikam arah selatan, dekat Bidor, awal pagi tadi.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.04 pagi.
Beliau memaklumkan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor serta BBP Tapah dikerahkan ke lokasi untuk kerja-kerja menyelamat.
“Sebaik tiba, didapati sebuah lori bonded 10 tan jenis Hino yang membawa muatan makanan sejuk beku telah melanggar bahagian belakang sebuah treler.
“Seorang lelaki berusia 49 tahun ditemukan tersepit pada bahagian kaki di tempat duduk pemandu, manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Menurut beliau, ketua operasi menjalankan penilaian situasi sebelum mengaplikasikan Konsep SAVER dan menggunakan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
“Mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya.
Operasi berada dalam keadaan terkawal pada jam 3.59 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.20 pagi.
Berita berkaitan
November 18, 2025, 11:17 am
LHDN dedah syarikat kartel kereta mewah elak cukai hingga RM70 juta
November 18, 2025, 10:34 am
Lelaki Orang Asli hilang hampir seminggu di Bentong
November 18, 2025, 10:29 am
4,875 kematian jalan raya direkodkan, kerajaan tingkat penguatkuasaan dan teknologi keselamatan
November 18, 2025, 10:15 am
Perbelanjaan pengurusan banduan cecah hampir RM500 juta tahun lalu
November 18, 2025, 10:08 am
Sumber pencemaran Sungai Perak di Kampung Sungai Papan masih belum dikenal pasti
November 18, 2025, 9:57 am
135 remaja dijangkiti HIV sepanjang 2024 – KKM
November 18, 2025, 9:54 am
Siasatan semula kes kematian pelajar tahfiz bermula, 68 saksi dipanggil - Saifuddin
November 18, 2025, 9:53 am
Siasatan terperinci dilakukan terhadap insiden serangan anak Rafizi
November 18, 2025, 9:48 am
