Berita Berita
Lelaki Orang Asli hilang hampir seminggu di Bentong
BENTONG 18 Nov - Seorang lelaki Orang Asli dilaporkan hilang hampir seminggu selepas kali terakhir dilihat di sebuah kebun getah di Kampung Sungai Gapoi, Telemong pada 12 November lalu.
Mangsa, Rosli Aman, 41, memaklumkan kepada adiknya bahawa beliau mahu menjual getah beku kira-kira pukul 10 pagi sebelum meninggalkan kawasan kebun berkenaan.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar, berkata adik perempuan Rosli yang berusia 36 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Telemong pada pukul 1.40 tengah hari semalam (17 November).
“Beliau merupakan individu terakhir yang melihat Rosli pada hari kejadian ketika mangsa keluar untuk menjual getah.
“Rosli mempunyai ketinggian kira-kira 165 sentimeter dan berat sekitar 70 kilogram. Ketika hilang, beliau memakai sweater hitam, kemeja-T hijau, seluar panjang celoreng hijau, kasut getah hitam serta membawa sebilah parang dalam sarung berwarna coklat,” katanya dalam kenyataan.
Zaiham meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Rosli supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-2231999 atau balai polis berhampiran.
Berita berkaitan
November 18, 2025, 11:17 am
LHDN dedah syarikat kartel kereta mewah elak cukai hingga RM70 juta
November 18, 2025, 10:29 am
4,875 kematian jalan raya direkodkan, kerajaan tingkat penguatkuasaan dan teknologi keselamatan
November 18, 2025, 10:15 am
Perbelanjaan pengurusan banduan cecah hampir RM500 juta tahun lalu
November 18, 2025, 10:08 am
Sumber pencemaran Sungai Perak di Kampung Sungai Papan masih belum dikenal pasti
November 18, 2025, 9:57 am
135 remaja dijangkiti HIV sepanjang 2024 – KKM
November 18, 2025, 9:54 am
Siasatan semula kes kematian pelajar tahfiz bermula, 68 saksi dipanggil - Saifuddin
November 18, 2025, 9:53 am
Siasatan terperinci dilakukan terhadap insiden serangan anak Rafizi
November 18, 2025, 9:48 am
Pencarian lelaki dihanyutkan kepala air di Sungai Klang bersambung pagi ini
November 18, 2025, 9:42 am
