Berita Berita
4,875 kematian jalan raya direkodkan, kerajaan tingkat penguatkuasaan dan teknologi keselamatan
KUALA LUMPUR 18 Nov - Sebanyak 4,875 kematian akibat nahas jalan raya direkodkan dari Januari hingga 30 September tahun ini, bersamaan purata 18 nyawa terkorban setiap hari. Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JK-MKKJR).
Menurut beliau, angka tersebut meningkat berbanding tahun 2024 yang merekodkan purata 17 kematian harian, dengan lebih 67 peratus mangsa terdiri daripada penunggang motosikal.
Ahmad Zahid berkata, kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan dan JPJ sedang meningkatkan operasi bersepadu di enam zon utama seluruh negara bagi menangani isu kenderaan membawa muatan berlebihan. Kaedah penguatkuasaan baharu seperti three strikes out turut diperkenalkan, yang membolehkan lesen serta permit syarikat digantung jika didapati berulang kali melakukan kesalahan sama.
Bagi menyokong penguatkuasaan, penggunaan teknologi timbang automatik Weigh-in-Motion (HS-WIM) akan dipertingkat, selain pemeriksaan muatan diwajibkan di pintu masuk pelabuhan sejak 1 Julai lalu. Kerajaan juga mewajibkan pemasangan Speed Limitation Device (SLD) secara berfasa ke atas kenderaan perdagangan bermula 1 Oktober bagi memastikan lori dan bas mematuhi had kelajuan.
Beliau berkata, langkah tersebut disokong melalui insentif fiskal dalam Belanjawan 2026, termasuk Elaun Modal Dipercepatkan setahun bagi kos pemasangan atau penalaan SLD.
Pada masa sama, kerajaan memperuntukkan RM13 bilion untuk menaik taraf dan melebarkan jalan persekutuan serta negeri, dan RM2.5 bilion bagi penyelenggaraan, penurapan semula serta penambahbaikan pencahayaan di lokasi berisiko. Sebanyak 3,000 lampu LED akan dipasang di hotspot kemalangan lebuh raya.
Selain itu, mesyuarat turut bersetuju meningkatkan saringan kesihatan pemandu kenderaan perdagangan dan memperkenalkan Pelan Hala Tuju Intelligent Traffic System (ITS) Malaysia 2030 bagi mewujudkan sistem pengangkutan lebih pintar, selamat dan mampan.
Ahmad Zahid menegaskan bahawa keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab bersama dan memerlukan kerjasama antara kementerian, dasar berasaskan data serta kesedaran rakyat untuk membentuk budaya mobiliti yang lebih selamat dan berdaya tahan.
Berita berkaitan
November 18, 2025, 11:17 am
LHDN dedah syarikat kartel kereta mewah elak cukai hingga RM70 juta
November 18, 2025, 10:34 am
Lelaki Orang Asli hilang hampir seminggu di Bentong
November 18, 2025, 10:15 am
Perbelanjaan pengurusan banduan cecah hampir RM500 juta tahun lalu
November 18, 2025, 10:08 am
Sumber pencemaran Sungai Perak di Kampung Sungai Papan masih belum dikenal pasti
November 18, 2025, 9:57 am
135 remaja dijangkiti HIV sepanjang 2024 – KKM
November 18, 2025, 9:54 am
Siasatan semula kes kematian pelajar tahfiz bermula, 68 saksi dipanggil - Saifuddin
November 18, 2025, 9:53 am
Siasatan terperinci dilakukan terhadap insiden serangan anak Rafizi
November 18, 2025, 9:48 am
Pencarian lelaki dihanyutkan kepala air di Sungai Klang bersambung pagi ini
November 18, 2025, 9:42 am
