Berita Berita
Siasatan semula kes kematian pelajar tahfiz bermula, 68 saksi dipanggil - Saifuddin
KUALA LUMPUR 18 Nov - Siasatan berhubung kematian pelajar tahfiz, Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman kini digerakkan semula secara menyeluruh apabila polis telah merekodkan keterangan daripada 68 saksi setakat ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, usaha membuka semula kes berkenaan dibuat bagi memastikan setiap prosedur dipatuhi dengan telus serta menjawab kebimbangan keluarga mangsa dan masyarakat.
"Polis menjalankan siasatan semula ini secara profesional, bebas dan mematuhi undang-undang sepenuhnya.
"Setiap langkah yang diambil adalah bagi memastikan keadilan ditegakkan, hak keluarga mangsa dihormati dan keyakinan awam terhadap penguatkuasaan undang-undang terus terpelihara," katanya melalui jawapan bertulis yang disiarkan di portal Parlimen hari ini.
Saifuddin berkata, siasatan masih berjalan dan belum dimuktamadkan.
Beliau menjawab pertanyaan Ahmad Fadhli Shaari (PN–Pasir Mas) yang meminta penjelasan mengenai status terkini siasatan semula itu serta menekankan pentingnya ketelusan agar tidak timbul keraguan terhadap tindakan pihak berkuasa.
Kes ini bermula pada Disember 2013 apabila Wan Ahmad Faris, pelajar Tingkatan Empat Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, ditemui tergantung di dalam tandas asrama oleh penyelia selepas mengesan bau busuk.
Bedah siasat ketika itu mengesahkan kematian sebagai kes mengejut tanpa unsur jenayah. Namun Mahkamah Koroner pada Jun 2016 memutuskan sebaliknya — kematian pelajar itu disebabkan oleh tindakan individu tidak dikenali.
Keputusan itu mendorong keluarga mangsa mengambil langkah lanjut termasuk mengemukakan rayuan kepada Jabatan Peguam Negara, polis dan Pejabat Perdana Menteri.
Menurut Ruhani, pihak keluarga menerima surat pada Julai tahun lalu yang memaklumkan kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai NFA sejak 2020.
Berita berkaitan
November 18, 2025, 11:17 am
LHDN dedah syarikat kartel kereta mewah elak cukai hingga RM70 juta
November 18, 2025, 10:34 am
Lelaki Orang Asli hilang hampir seminggu di Bentong
November 18, 2025, 10:29 am
4,875 kematian jalan raya direkodkan, kerajaan tingkat penguatkuasaan dan teknologi keselamatan
November 18, 2025, 10:15 am
Perbelanjaan pengurusan banduan cecah hampir RM500 juta tahun lalu
November 18, 2025, 10:08 am
Sumber pencemaran Sungai Perak di Kampung Sungai Papan masih belum dikenal pasti
November 18, 2025, 9:57 am
135 remaja dijangkiti HIV sepanjang 2024 – KKM
November 18, 2025, 9:53 am
Siasatan terperinci dilakukan terhadap insiden serangan anak Rafizi
November 18, 2025, 9:48 am
Pencarian lelaki dihanyutkan kepala air di Sungai Klang bersambung pagi ini
November 18, 2025, 9:42 am
